BEST FOLLOWERS

24 March 2011

KORANG PERCAYA TAK HANTU TU WUJUD...?

Terdapat beberapa hantu yang sering digeruni oleh masyarakat melayu sejak dahulu kala. Satu-satunya ialah Pontianak. Hantu-hantu yang lain seperti Pocong, Pelesit, Hantu Raya, Hantu Galah, Toyol dan lain-lain tidak begitu menakutkan kerana  mereka tidak sering muncul sepeti Pontianak. Di bawah merupakan penjelasan beberapa hantu yang digeruni ramai.

Langsuyar

Setelah 40 hari, seorang wanita boleh menjadi langsuyar jika dia mati ketika melahirkan atau mati terkejut setelah mendapati anaknya mati dalam kandungan. Anaknya ini akan menjadi Pontianak. Langsuyar ialah seorang wanita yang sangat cantik dengan kuku yang panjang dan rambut yang panjangnya hingga ke buku lali. Rambut yang panjang tersebut menutupi lubang ditengkuknya. Langsuyar juga boleh menjelma sebagai seekor burung hantu. Ia boleh terbang dan mengilai dengan suara yang nyaring dan menggerunkan. Dikatakan, Langsuyar mencuri ikan dari sungai yang sangat digemarinya dan meminum darah kanak-kanak dari tengkuknya. Sekiranya ditangkap dan dijinakkan, Langsuyar boleh berkahwin, melahirkan dan hidup seperti manusia biasa. Namun dia tidak boleh menari atau bergembira atau dia akan kembali kepada kejadian asalnya.

Pontianak

Ia merupakan hantu yang sangat digeruni oleh masyarakat Asia Selatan. Dipercayai bahawa Pontianak merupakan seorang wanita yang mati ketika dilahirkan. Dia kelihatan cantik, tapi kadang-kala atau selalunya dia mempunyai gigi yang bertaring. Dia menjelma pada waktu malam, mencari mangsa lelaki dan wanita hamil (dipercayai dia tidak menerima hakikat bahawa wanita lain dapat menjadi seorang ibu) untuk dihisap darah. Kadang-kala ia memakan daging bayi dalam kandungan ibunya.

Hantu Tinggi

Selalunya, Hantu Tinggi tidak begitu tinggi apabila seseorang itu terserempak dengannya. Ia akan meninggi apabila seseorang mendekatinya. Hantu ini akan meninggi sedikit demi sedikit hingga seseorang itu sukar untuk mendongak ke atas untuk mengukur ketinggiannya. Adalah dipercayai jika seseorang memerhati ketika Hantu Tinggi sedang meninggi, tengkuknya yang mendongak akan kekal begitu dan tidak dapat diturunkan lagi. Wallahualam.


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

BLOG INI MILIK MISS KINUKO