BEST FOLLOWERS

26 September 2012

KARNIVAL NUSAJAYA


Letihnya kaki den ni..ponat tak abih laie...heheh...
apa taknye, 2 hari berturut2 aku ke Karnival Nusajaya
pulun habih aku kat sana...snap gambar je lebih,
bukannya membeli-belah pun ...tapi kan, not bad la sambutan dia!!
biasalah TV3 kalau buat karnival mesti meriah....macam jom heboh tu kan?
artis pun ada, ada banyak games & hadiah...
okla, jom kita layan gambar2 yang aku upload ni...

Dataran Mahkota, Kota Iskandar

Booth Wanita Hari Ini

 



Korang mesti kenal selebriti2 kat atas ni kan?


 


Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang belum aku upload..
buat masa ni...korang layan lah dulu pict2 ni ye?..(macam la korang kesah)
selamat mencuci mata warga bloggerians..cyg kamu sume!



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

21 September 2012

SEGMEN : JOM TINGKATKAN FOLLOWERS SAMPAI LEBAM


Greeting Text

Bertemu kembali dalam segmen blogwalking! (macam la korang kesahkan?)

Tanpa membuang masa, jom klik banner kat atas tu....

Followers Miss Kinuko : 150 orang setakat ni...

Harap bertambah di lain waktu & hari....

Terima kasih kepada tuan punya segmen ni..sebab takde tentukan tarikh luput..

so takdelah tergesa2 nak join....hehe....




Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

20 September 2012

BATUK YANG MEMERITKAN TEKAK

Greeting Text
Selamat pagi semua, hari ni aku terasa unwell sesangat (sigh!) pagi2 dah terbatuk2...Kadang tu aku tertanya kenapa la kalau aku terkena batuk susah betul nak baik (siyes!)...bila aku batuk terasa nak tercabut anak tekak, tido pun tak tenteram, makan pun tak berapa selera, badan jadi lemah & kahak pun bercampur dengan darah....dah macam2 ubat batuk aku makan, susah jugak nak sembuh...tension!


Saat ni tetiba je aku teringat petua arwah nenek aku...kalau nak cepat sembuh, makan bawang putih @ merah...peh...mula2 dengar macam ngeri, tapi nak baik punya pasal...aku telan jugak...alhamdulillah 3 hari je dah baik....kalau korang cekal, cuba lah petua nenek aku ni ye.....sebab aku tau tak semua orang boleh terima makan bawang mentah....bukan tu je, khasiat bawang putih ni banyak selain mengurangkan rabun mata, bawang putih jugak bagus untuk turunkan kolestrol dalam darah....

Nasihat aku kat korang jangan lah ambil ringan kalau dah terjangkit batuk ni..cepat2 la jumpa doktor, manalah tau kan, ada jangkitan kuman kat paru2 ke, atau salur pernafasan ke....tak percaya, meh baca artikel Dr. Patrick Chan ni...

MASALAH sering bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya, tekak terasa semakin gatal dan tidak lama kemudian, kita mula mengalami batuk-batuk yang teruk. Semua orang pernah diserang batuk sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan pengalaman ini sememangnya kurang menyenangkan terutamanya jika kita sedang melakukan sesuatu yang penting seperti menghadiri mesyuarat, memberi ucapan atau menyertai telepersidangan.

“Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara,” kata Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.

Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan rengsa dan penghalang.

Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. namun begitu, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerebu.

“Apabila ini berlaku, batuk boleh membawa kesan serius kepada pesakit, kerana akan mengganggu tidur dan selera makan. Batuk kronik boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah atau bekerja,” terang Patrick.

Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan. Ini mungkin termasuk sakit kepala, disritmia kardium (denyutan jantung tak sekata), masalah tidur, pendarahan subkonjunktiva (mata merah), muntah disebabkan batuk, hernia inguinal dan refluks gastroesofagus.

“Dengan mengetahui jenis batuk yang dialami, anda boleh membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan jika perlu dan bukannya menunggu sehingga masalah batuk pulih secara sendiri,” katanya. 

Menurutnya, seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami kesakitan teruk atau pengsan.Batuk juga perlu dirujuk pada doktor jika membawa kepada masalah lain seperti muntah darah, batuk anda begitu teruk sehingga tak dapat tidur malam atau anda bimbang tentang punca batuk.

“Batuk terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus),” jelas Patrick tentang jenis batuk.

Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.

“Jika anda mengalami batuk berkahak, perhatikan warna dan rupa kahak untuk menentukan jenis jangkitan yang anda alami,” terangnya.
Kahak yang bernanah dan berwarna keperangan menunjukkan jangkitan bakteria, manakala mukus kelabu keputihan menandakan alahan atau jangkitan virus, sementara kahak berbuih dikaitkan dengan edema pulmonari (bengkak paru-paru), iaitu kesan kegagalan jantung.

“Pesakit dengan kegagalan jantung biasanya batuk teruk pada waktu malam apabila berbaring, manakala perokok dan penghidap asma biasanya mengalami batuk sekali-sekala pada awal pagi yang kadangkala berdehit. Dalam keadaan lebih serius, kahak yang keluar mungkin berdarah,” tambah Patrick.
Masalah batuk kerap yang dialami kurang daripada dua minggu boleh diklasifikasikan sebagai batuk akut, yang biasanya berpunca daripada jangkitan pernafasan virus seperti selesema biasa dan flu.

“Batuk yang berlarutan lebih daripada dua minggu dianggap batuk kronik. Walaupun batuk kronik biasanya tidak mengancam nyawa, punca asasnya perlu disiasat jika batuk berpanjangan,” Patrick mengingatkan.

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

18 September 2012

HANIF IDRUS SEGMEN MENERJAH

Greeting Text


Pssttt..korang jom ramai2 join segmen kat bawah ni? korang just klik kat banner tu ye....




Tarikh tutup segmen : 30 September 2012

p/s : agak lewat aku join segmen ni.....tinggal beberapa hari je lagi kan?
takpe2, sempat tu kalau korang nak join...hehe....

Tag kepada :

Lee
Cik Peah




Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

16 September 2012

MY LUFLY COUSIN WEDDING PART 4

Greeting Text
Alhamdulillah selesai majlis kenduri kahwin cousin aku semalam untuk kali kedua...kali ni cousin aku bertandang ke rumah lelaki (keluarga suami) pulak....macam biasa, aku antara orang yang terpenting dalam majlis ni (cehwah!)....cousin aku dila, minta aku & cousin sorang lagi, anne temankan dia sepanjang majlis berlangsung....cousin aku, anne kena offer jadi pengapit, cuak giler muka dia...hehehe...nasibla aku ni jadi juru solek pengapit je, kalau tak...cuak jugak!


anne, my mom, dila & aunt jah (ibu pengantin)..

sweet girl...

aku, dila & anne...three stooges..ahaks.


ok, saya dah sampai dah rumah family hubby saya...sukanya dia!

kekenyangan ayah,uncle & aunt aku..hehe...

sesi potong kek...

dah macam pelakon my bloody valentine dah..hahaha..

Selesai je majlis, ada sesi outdoor shooting pulak...
aku disuruh join sekali...waktu tu rasa penat sangat, tapi demi cousin,
aku follow jugak...tak disangka2, terer jugak aku shoot gambar diaorang...
next entri aku akan tunjukkan korang gambar2 yang aku shoot...insyaallah..




Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

14 September 2012

APA ITU ANGIN MEDU?

Greeting Text

Kalau dengar dari nama, macam tak pernah dengar kan?tapi itulah penyakit yang menyeramkan bagi kaum wanita mahupun kaum lelaki...jom baca artikel ni...daripada Farit Ismeth Emir.


1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.
2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.
3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.
Petua 1: Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.
Petua 2: Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin - Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:
1.    Makanan/Minuman yang Sejuk
  • Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
  • Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
  • Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.
2.    Makanan/Minuman Masam (berasid)
  • Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
  • Daging kerbau.
3.       Makanan/Minuman Bergas
a.      Durian.
b.     Tapai.
c.      Air botol/tin bergas.
4.     Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
a.      Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
b.     Rokok.
5.     Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin
a.      Petai, jering dan kerdas.
b.     Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).
AMALAN LAIN YANG PERLU :
  • Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
  • Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
  • Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
  • Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
  • Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
  • Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah.

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

13 September 2012

OPEN HOUSE TANJUNG BIN POWER STATION

Greeting Text

Seronoknya semalam aku dapat pegi ke Tanjung Bin Power Station...korang pernah dengar tak tempat ni? Aku story sikit la pasal Tanjung Bin ni...Tanjung Bin Power Station ni terletak di Tanjung Bin, Pontian, Johor. Ada apa ek kat situ? bukan pusat rekreasi atau taman tema pun, kat situ lah tempat projek hidroelektrik terbesar di Asia Tenggara....korang tak percaya, search kat google...bukannya senang nak dapat masuk ke Tanjung Bin Power Station tu....aku dapat masuk pun sebab ada invitation dari pihak diaorang...hehe...kira bertuah la jugak...


 

 

 

with my lovely mom!

my dad..kekenyangan...

my luv..my enemy..my bestfriend!

 

lepas makan, kitaorang cari mangsa untuk bergambar..hehe...macam orang jakun kan? padahal bergambar dengan orang biasa je...tapi engineer beb dari oversea...



 

 


Last gambar, kitaorang dah tak larat dah nak berposing2..
dengan cuaca yang panas bagai, perut dah padat...
apa lagi balik tido jela..hehe...



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

BLOG INI MILIK MISS KINUKO