BEST FOLLOWERS

30 November 2012

FALLIN' IN LOVE WITH SUBWAY!


Salam uols...

Pagi ni perut terasa lapar plak, nak sarap, tak boleh makan sembarangan...alahai..tapi semalam kan aku dapat makan sedap...semalam jugak aku dapat m.c., sebab darah aku naik tinggi...balik dari hospital, aku ajak bf aku singgah ke Jusco Bukit Indah...dalam kepala aku asyik teringat Subway je....teringin nak makan la beb!

Degil jugak aku ni kan?ada darah tinggi pun masih tak boleh nak kawal nafsu makan...tapi info yang aku dapat dari cousin aku, makanan kat subway ni berkhasiat...betul ke?kalau nak diet, boleh makan kat subway...wow! aku pun apa lagi, mencuba la...

image by google

Sampai je kat sana...aku pun terpandang menu kat situ....ada fresh combos....bf aku nak set chicken slice, aku pulak decide nak set chicken teriyaki...memang meleleh la air liur tengok menu² dia...korang patut cuba!

menu kitaorang...jemput makan semua!!

menu bf aku..chicken slice + italian bread...nyum²!!

Yummmyyyyy! itu jela yang dapat aku kongsikan kat korang....sandwich dia sedap bangat, cookies dia pun sedap jugak...aku pilih double chocolate cookies, bf aku plak pilih chocolate chips cookies...peh!!


lepas kitaorang lepak² kat subway, aku terus ajak bf aku balik rumah...apa lagi mata dah mula mengantuk masa tu...penangan subway agaknye..hehe...korang pun mesti kena try tau?k, bye...



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

27 November 2012

STRESS!!


Selamat petang semua....

Jam menunjukkan pukul 3 petang, aku kat office tak boleh nak fokus buat keja...banyak benda nak kena fikir, sebab aku ni hidup bukan untuk seorang, tapi banyak pihak aku nak kena jaga..first mestilah family, yang kedua, boyfriend aku...hidup ni kadang rasa stress sangat, tapi berbekalkan iman yang aku ada, aku meneruskan kehidupan walaupun banyak dugaan yang terpaksa aku tempuhi...

So apa yang aku buat kalau aku tengah stress :
  • Aku akan menyendiri.
  • Aku akan tido dan makan.
  • Aku akan menyanyi.
  • Aku akan baca Al-Quran.
  • Aku akan cari someone yang boleh aku percaya untuk solve problem aku.
Bohongla kalau kita boleh settle masalah dalam masa 1 hari. Aku tak tau la korang macam mana kan? Kalau aku banyak hari aku akan berfikir panjang...aku nak lari dari masalah pun tak boleh jugak..nanti lebih complicated masalah aku...tempias akibat aku stress ni tetap ada...disebabkan aku terlampau stress la aku kena darah tinggi..bukan tu je, bila aku stress, aku akan makan banyak² kononnya aku boleh legakan perasaan susah hati & sakit hati aku ni....

Selain tu, aku ada doa nak share ngan korang kalau korang sedang mengalami stress :
  • Ucapkan " La ilaha illallah " agar bibir kita sentiasa dibasahi dengan zikrullah siang dan malam.
  • Membaca " Bismillah " apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
  • Membaca " Alhamdulillah " apabila kita selesai melakukan sesuatu pekerjaan.
  • apabila terbuat kesalahan atau terserempak dengan dosa, kita harus membaca " Astaghfirullah hal azim "
  • Apabila menghadapi kesukaran, bacalah " Lahaula walaquwata illa billahil aliyil a'zim "
  • Apabila kerunsingan bacalah " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " (doa nabi yunus)
  • Apabila ditimpa musibah ucapkan " Inna lillahi wainna ilaihi raji'un "
Dengan mengamalkan doa-doa ini dalam kehidupan seharian kita, insyaAllah hati kita akan tenang...



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

26 November 2012

"Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati"


wow!! korang nak hadiah tak??mari kita ramai² join contest kat atas ni...
kalau korang berminat klik banner kat atas ni...

syarat² nak join :
WAJIB follow blog Cik Bingkisan Hati
WAJIB follow blog Incik Faizal Raffali
WAJIB like fanpage Cik Bingkisan Hati
WAJIB like fanpage Hijab Seekers by Ayesha Fiqa
WAJIB like fanpage djdanchef
Letak banner contest dan link kan ke blog Cik Bingkisan Hati
Lebih bagus letak banner contest kat sidebar untuk promote pada kawan²
Buat entri bertajuk "Contest My Top Referral by Blog BingkisanHati"
Tinggalkan link di ruangan komen entri Cik Bingkisan Hati

Rebutlah hadiah ni & promote kan kat kawan²..jangan lambat² ok!!
Tarikh tutup : 17 Disember 2012

GOOD LUCK BUDDIES!



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

24 November 2012

JB DAYS OUT!

Salam uols!

Pagi hujung minggu cenggini korang mesti baru bangun tido kan?hehe...biasalah kan, bagi yang bujang lagi tu suka tido lewat, sebab tau keesokan hari tak kerja...macam aku la, suka tido lewat kalau tau esok hari minggu atau cuti am..heppp!! biase dier....

Kelmarin, aku pegi nonton wayang citer Twilight Saga Breaking Dawn Part 2....aku ngan adik, bf & cousin main redah je, kitaorang langsung tak booking tiket pun nak pegi tengok wayang tu...plak tu first day citer tu ditayangkan, mesti ramai orang berpusu² nak tengok kan?alhamdulillah, bila kitaorang tak berharap nak tengok, banyak pulak tiket terjual....panggung wayang favourite kitaorang of course kat Cathay Cineplexes...GSC ke, MBO ke, TGV ke...ermmm....kureng minat la..huhuhuhu...kitaorang sampai cs pukul 6.30 petang, wayang pulak start pukul 8.30 malam...nampaknye kitaorang terpaksa la lepak² chill dulu dalam cs....kematu montot kitaorang menunggu tau....

masing² dah kebuntuan tak tau nak lepak mana...akhirnya, duduk kat luar cs...

bajet comel kan diaorang ni? (padahal muka tension tu!) lebih² lagi adik aku..mengadap handset je..

aku pun nak mencelah jugak..hehe...control ayu kunun..caitt!


ambil angle lain plak...padahal muka yang sama..hehehe..


oh yeaahhhh! tak sabar rasanya nak tengok muka Edward & Bella masa ni...

muka² tension menunggu...hehe..

kitaorang makan popcorn dulu laaa....masa ni perut pun jadi lapar..uwaaaa!!

Habis je wayang pukul 10 malam, kitaorang chow balik...kebiasaanya kalau cousin aku, anne tu ikut mesti kitaorang akan hantar dia balik dulu sebab mak dia tak kasi balik lewat malam...kitaorang gerak balik ke pontian dengan lahapnye sebab teringat lauk-pauk mak aku masak kat rumah...huhuhu....apapun, aku dah pegi nonton Twilight...korang bile lagi??bestttt woooo, rugi tak pegi tengok...10 bintang untuk filem Twilight!!!



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

22 November 2012

♥ Birthday GA by Sharina ♥

Mornink uols! hari ni aku cauti tau, jangan jeles...bukan aku sorang je, tapi seluruh penduduk Johor ok...hehe....bestnya cuti kan? bestla bagi orang yang bekerja macam aku ni...penat mencari rezeki, ganjaran yang aku dapat cuti la..huhu...ok la...tanpa membuang masa dan air liur korang nak membaca entri aku ni..jom kita join birthday giveaway!! korang boleh dapat hadiah tau...kalau nak tau info lebih lanjut, klik banner kat bawah ni okay?


Bloggers yang dipilih untuk di tag :
Hanan
Mr. Firdaus

♥ Birthday GA by Sharina sponsored by Lyssa,Eita,Maisarah,KinaApit,Shida and Atiqah ♥ 
Thanks a lot :)




Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

20 November 2012

TIPS MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Salam selasa uols...

Alhamdulillah, hari ni aku dah mulakan tugas...kelopak mata aku pun dah beransur pulih....cuma, aku risau pasal 1 benda je lagi...tekanan darah tinggi...alamak...macam mana la aku boleh ada darah tinggi ni? mungkin  penyakit keturunan? atau pun kolestrol aku tinggi? nak kata penyakit keturunan pun ye jugak sebab ayah aku  ada darah tinggi...plak tu family aku kalau makan memang takde pantang larang pun..semua bantai...


So, langkah yang perlu aku ambil sekarang ni, kena control makan...itulah nasihat doktor....aku dah kena kurangkan makan makanan masin, berlemak & seafood...setakat ni darah aku masih ditahap bahaya jugak...tekanan darah atas 160, tekanan darah bawah 100...aku kena dapatkan tekanan darah yang seimbang bila control makan...tido pun kena cukup & yang paling penting jangan terlampau stress.....

Ada jugakla tips² yang aku dapat dari family & kawan², antaranya ialah :
  • Makan 3 ulas bawang putih.
  • Makan 2 biji buah belimbing.
  • Makan sayur peria.
  • Minum air rebusan taugeh.
Setakat ni aku dah cuba makan bawang putih...yang lain² tu aku belum cuba lagi...sebabnya tekak aku lebih menerima bawang putih sebab daripada kecik aku memang suka makan bawang, tak kiralah bawang merah ke, bawang putih ke, daun sup daun bawang ke....pelikkan??sebab ada orang tak makan bawang...aku ok je! :) alhamdulillah, darah aku akan turun sedikit demi sedikit....sakit kepala pun akan hilang...

Nasihat aku, pada korang yang ada darah tinggi tu....jagalah kesihatan baik²...jangan menyesal dikemudian hari sudahla...sebabnya kalau dibiarkan, macam² penyakit akan datang nanti...kalau dibiarkan, boleh kena stroke, sakit jantung, buah pinggang rosak, mata boleh jadi kabur atau buta dsb..


seramkan tengok gambar kat atas ni?kalau korang seram, aku lagilah seramm...lepas ni better korang pergi check darah,manalah tau kan tekanan darah korang tinggi ke rendah ke...takpun kolestrol korang tinggi ke...alahai...jangan malas² ok...jaga pemakanan elok², jangan jadi macam aku ni...

gambar kat atas ni antara simpton² penghidap sakit darah tinggi



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

19 November 2012

MATA BENGKAK

Selamat pagi semua....

tengok mata aku tu...cemer je kan?

Hari ni aku tak kerja dapat m.c :( ....al-kisah, petang semalam aku dengan rajinnya membasuh sangkar kucing aku...bukannya apa, kesian pulak aku tengok kucing aku dalam sangkar tu kena hurung dengan kerengga...sangkar tu dekat pulak dengan pokok pelam.....time membasuh tu, aku kena hurung jugakla dengan kerengga...ada yang gigit, ada yang mengada² nak memanjat atas badan aku....bila rasa rimas kena hurung, aku pun simbah air kat kerengga² yang menggigit aku tu...ada yang terkorban, ada yang selamat...tapi kebanyakannya selamat....aku pun selamat jugakla coz kerengga berjaya menggigit aku....

Lepas kejadian petang semalam, tetiba je malam tu kelopak mata sebelah kiri aku sakit...bila nak berkedip, rasa sakit....aku tertanya² jugak kenapa....rasa tak sedap hati pun ya jugak.......bukan apa, aku takut kena serang sakit mata je....bila bangun tido pagi tadi...mak aiiihhh kelopak mata aku bengkak pulak! dah tu...nak buka mata pun sakit...hati ni mula tertanya² kenapalah mata aku ni tiba² jadi macam ni...

Tanpa membuang masa, aku pun ajak ayah aku ke klinik kesihatan...sebenarnya aku ni kureng suka pegi ke klinik sebab malas nak menunggu....lebih2 lagi klinik² kerajaan...aduhhh jenuh nak menunggu giliran nak jumpa doktor....dah la lama menunggu, bila masuk berjumpa dengan doktor, dia cerita lain pulak...aku ni dah la bengkak mata, dia check darah aku plak...cisss...doktor dapat detect aku ada darah tinggi....aku memang dah lama tau aku ada darah tinggi....tapi masalahnya, mata aku ni tengah membengkak...alahai doktor...nasib baik ko bagi aku m.c dengan ubat....kalau tak, pertama dan terakhirla aku jejakkan kaki kat situ...

macam² ubat nak kena telan ni...ada satu je ubat sapu kat dalam mata...

Balik dari klinik, ada yang kata aku ni kena kencing lipas la, kencing semut la, sengat lebah la, mata tumbuh ketumbit la, bla..bla..bla....tapi aku rasa mata aku ni kena jangkitan kuman...sebabnya semalam aku membasuh sangkar kucing..maybe tangan aku terkena najis kucing ke..aku tak perasan kan...bila mata aku gatal, tangan aku ada menggosok mata...sepatutnya aku kena lebih berhati²...bukan semborono je buat kerja....alahai apa boleh buat, dah nak kena kan...sabarjela.... :(



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

17 November 2012

ROAD TOUR RUMAH SAUDARA-MARAKU

Hai uols! cuti begini korang mesti tengah dok melepak kat rumah je kan? kalau keluar dangan family atau kawan pun maybe petang sikit kot? macam aku la sekarang ni...dok mengerjakan lappy mak aku update entri blog je...kalau waktu bekerja kurang sikit nak menghadap internet....hehehehe...

Semalam aku balik Batu Pahat, kampung halaman aku.....al-kisah, auntie aku bawa bakal suami dia untuk bertemu keluarga sebelah mak aku kat Batu Pahat....ini merupakan third marriage dia, mudah-mudahan bakal suami dia ni dapat jaga dia hingga ke ahir hayat...kesian auntie aku, dah dua kali gagal dalam rumahtangga, now dia dah ketemu dengan teman hidup yang sesuai untuk dia...dari pengamatan aku, uncle ni ok, penyayang, sangat caring, berharta & yang paling sweet....uncle ni soft spoken....huhuhu...

Banyak jugak la rumah saudara-mara dapat singgah..ada dalam 2 buah rumah 1 hari..kira ok la...keesokan hari, kitaorang ke rumah makcik aku kat jb...hari ni plak nak round rumah makcik kat area pontian pulak..

ini juadah kat rumah mak uda & pak uda aku kat batu pahat...amacam?terliur tak?

pakai tudung oren tu cousin aku, kak ave & anak dia....

kiri tu mak uda aku, kanan tu bakal pengantin, aunt min...berseri-seri bakal pengantin ni!

haa...yang tengah tu la future husband auntie aku...baju kuning tu ayah aku & baju purple tu adik aku

we are bff!!! hehe...aku dengan aunt aku macam adik kakak je kan?

next house, rumah aunt aku, aunt jah & uncle yes...huhu...sampai je terus makan...

auntie aku sibuk melayan kerenah cucu dia...

macam-macam gaya cousin aku ni..pasangan suami-isteri yang gojes!

keesokan hari kitaorang tiba ke rumah auntie aku kat jb...posing bagai!

mak aku tetap ceria bila berposing...sebelah mak aku tu...uncle aku...

aku memang suka ambil gambar curi..hehe...jangan marah uncle zawawi...kite suke tengok uncle!

cousin aku, ayim perasan hot! hehehe...

mak aku dengan anak buah & cucu saudaranya berposing jugak!

p/s : seronok dapat berkumpul dengan family....hilang segala stress & masalah sekejap..huhu




Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434


Hari ni 1 Muharram 1434 Hijrah bersamaan 15 November 2012 merupakan tahun baru kepada umat Islam di seluruh dunia...hari ni jugak kat Johor cuti...negeri lain aku tak sure la...alhamdulillah, dah masuk tahun baru ni mestilah aku ada azam baru kan?mudah-mudahan segala amalan yang lalu diterima Allah S.W.T dan semoga tahun baru ini kita semua di dalam lindungan dan rahmat Allah... :)

So azam aku tahun ni :
  • Kurangkan panas baran.
  • Tingkatkan keimanan diri kepada Allah S.W.T
  • Menjadi anak yang baik & taat kepada mak & ayah aku.
  • Menjadi wanita yang berjaya.
  • Berusaha menjadi wanita yang baik & setia kepada pasangan aku.
Korang jangan lupa tau membaca doa akhir tahun 1433 Hijrah agar kita dijauhkan dari godaan syaitan dan iblis serta doa awal tahun 1434 Hijrah untuk mendapat keberkatan dan perlindungan daripada Allah S.W.T..
Doa Akhir Tahun
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan Allah S.W.T dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Doa Awal Tahun
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram 1434 Hijrah. Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada firnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1434...semoga tahun baru ini akan meningkatkan kefahaman kita terhadap Islam dan apa jua yang kita lakukan diberkati Allah S.W.T.....




Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

13 November 2012

HAPPY DEEPAVALI!!!


Wahh..hari ni aku rasa seronok sangat sebab dapat cuti n dapat merehat²kan badan kat rumah..hehe...terima kasih banyak² la kat orang India sebab bagi bangsa lain cuti....kan best tu dapat jadi rakyat Malaysia, berbilang kaum dan agama...bukan tu je, kita dapat hidup dengan aman, cuba bandingkan dengan negara²  lain tu...contoh di Gaza, (simpati sangat) n kita kat sini patut rasa bersyukur kan! :)

korang tau tak apa makna "Deepavali"? rupa²nya deepavali ni bermaksud "pesta cahaya"....mereka menggunakan simbolik cahaya kerana cahaya juga bermaksud kebaikan....wow! korang tengok jela gambar kat atas tu...bercahaya & berwarna-warni kan?

sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir...ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam...dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus....cahaya lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat....aku percaya, setiap agama mengajarkan kebaikan dan hindarkan diri daripada kejahatan.... :)


muruku

laddu

capati

kalau sebut pasal menu masyarakat India ni, aku pernahla jugak makan makanan diaorang ni seperti muruku, laddu, magelek, capatti, tosei dll. aku rasa korang mesti pernah makan kan?apa taknye, kat Malaysia je ada banyak kedai mamak 24 jam...huhuhu...



satu benda yang suka aku tengok waktu perayaan deepavali ni ialah kolam rangoli...kalau aku pegi beraya ke rumah member india, kat depan rumah diaorang mesti ada kolam rangoli ni....kreatif dan cantik sangat! bahan untuk membuat kolam rangoli ni diperbuat daripada beras berwarna...mereka kena deko rangoli ni sebelum matahari terbit....kenapa ek kolam rangoli ni kena design kat depan rumah? sebabnya hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, dewa kekayaan yang dipercayai akan mengunjungi rumah mereka...(mesti korang akan kata oooo kan lepas baca entri aku ni?) ('',)

apapun, aku nak ucap Happy Deepavali @ Diwali kepada semua penganut Hindu kat Malaysia ni...salam 1 Malaysia! :)



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

12 November 2012

"Saya nak Vector daripada zakie11 "

Greeting Text

Pengumuman kepada semua!! sesiapa nak kan doodle atau vector free,

sila join segmen kat atas ni ok!...kalau nak join, klik je kat banner tu ye..

seterusnya korang jangan lupa mengikut syarat2 incik zakie buat tu..

oleh itu, saya pilih doodle berwarna "pink+hitam" (skema nya ayat saya :p)

tag kepada :
Steffany
Hanif



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

10 November 2012

FINAL TWILIGHT SAGA BREAKING DAWN


Yeaaaahhhh teruja sungguh aku!! khabarnya final untuk breaking dawn ni akan keluar panggung wayang 22 November 2012 ni...yahooo!! tak sabar beb nak tengok Bella jadi vampire & nak tengok kecomelan anak Bella & Edward...huhuhu....




bagi korang yang dah ada novel twilight ni mesti korang dah faham jalan cerita dia kan?
aku tak la sampai tahap mengumpul atau membeli novel, sebab aku ni bukan ulat buku..ngeh3~
so sama2 la kita nantikan ya!



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

08 November 2012

TUTORIAL : AYAT BERGERAK DI MENU BAR


Hari ni Miss Kinuko terlampau rajin (cehwah! poyo sungguh) nak bagi anda semua tutorial..tutorial apa ek?sila baca tajuk di atas ye..lalalalalala....

senang je, caranya begini...

Dashboard --> Design --> Edit HTML 

Cari code : <head>

Then, korang copy code kat bawah ni di bawah code <head>

<script language='JavaScript'>var txt=&quot;TULIS AYAT KORANG DI SINI&quot;;var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);segarkan=setTimeout(&quot;bergerak()&quot;,kelajuan);}bergerak();</script>

Lastly, SAVE templates. soooo easy rite? :)



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

07 November 2012

SEGMEN : JOM TINGKATKAN FOLLOWER SAMPAI PUAS


Bertemu kita lagi dalam segmen blogwalking!!!

Jom ramai² join segmen ni!!! bagitau 1 kampung hehehe...

kalau korang teringin nak join, klik banner kat atas tu ye...

ikut je syarat² yang incik syawal bagi tu....


My awesome followers : 227



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

06 November 2012

SAKIT GIGI YANG TERAMAT!


Korang tengok gambar kat atas tu pun dah tau kan sakit apa...itulah yang aku alami sekarang ni, sakit gigi yang teramat sangat...sampai kadang tu aku rasa macam nak ambil pisau belah aje tempat yang sakit tu...selalunya aku diserang sakit gigi waktu malam, time cuaca sejuk ni kan... :(

Banyak ubat aku dah telan sampai rasa nak demam pun ada nih...ini semua punca gigi geraham bongsu aku yang hampir reput n jadi lubang...dah 5 tahun aku tak buang gigi geraham bongsu ni, dua² belah pulak tuh!..tapi paling sakit sebelah kanan la..masa raya korban hari tu aku ada makan daging lembu, tengah syok mengunyah, tiba² ada daging terselit kat dalam lubang n tercucuk kat gusi..peh! terus takde selera..padahal masa tu tengah excited nak makan...


Selalunya kalau aku sakit gigi atau gusi aku akan :
  • SAPU UBAT MINYAK SAKAL PUTUNG WARISAN DAKAM
  • TELAN PIL TAHAN SAKIT SEBIJIK RM5
Bila sakit gigi ni, mood pun jadi spoilt..rasa malas nak cakap, nak makan pun tak ada selera kalau bunyi² bising ni rasa nak marah je! nak operation keluarkan gigi bongsu belah kanan tu tapi takut...seram tuuu ada orang cerita "doktor belah gusi dan rentap gigi tu keluar” makin delay la aku nak cabut gigi..huhu..

Masa aku jumpa doktor tempoh hari dia ada bagitau gigi geraham bongsu ni kena buang jugak sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Sebab²nya :
  • Pericoronitis [radang yang berkaitan dengan geraham bongsu]
  • Komplikasi yang berkaitan dengan kerosakan gigi [tartar dan plaque]
  • Periodontal [penyakit/jangkitan gusi]
  • Kista (cysts) dan tumor yang berkaitan dengan geraham bongsu.
  • Risiko set geraham dan gigi lain rosak dan kegagalan akar gigi untuk berfungsi dengan baik.
  • Kesakitan yang kronik dan tidak selesa.
  • Masalah gigi berlapis.

Sebab yang last sekali tu memang punca aku sakit gigi...gigi aku berlapis n gigi geraham bongsu tumbuh menyenget..so, nak tak nak kenalah operation, cabut biasa tak boleh..apalah nasib..sabar jela kan, ni semua dugaan Allah nak bagi kat aku n satu lagi, penyakit ni semua adalah penghapus dosa² kecil....

p/s : aku berharap sangat, sakit gigi ni dijauhkan dan diberi kesihatan yang baik..amin.



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

BLOG INI MILIK MISS KINUKO