BEST FOLLOWERS

19 November 2012

MATA BENGKAK

Selamat pagi semua....

tengok mata aku tu...cemer je kan?

Hari ni aku tak kerja dapat m.c :( ....al-kisah, petang semalam aku dengan rajinnya membasuh sangkar kucing aku...bukannya apa, kesian pulak aku tengok kucing aku dalam sangkar tu kena hurung dengan kerengga...sangkar tu dekat pulak dengan pokok pelam.....time membasuh tu, aku kena hurung jugakla dengan kerengga...ada yang gigit, ada yang mengada² nak memanjat atas badan aku....bila rasa rimas kena hurung, aku pun simbah air kat kerengga² yang menggigit aku tu...ada yang terkorban, ada yang selamat...tapi kebanyakannya selamat....aku pun selamat jugakla coz kerengga berjaya menggigit aku....

Lepas kejadian petang semalam, tetiba je malam tu kelopak mata sebelah kiri aku sakit...bila nak berkedip, rasa sakit....aku tertanya² jugak kenapa....rasa tak sedap hati pun ya jugak.......bukan apa, aku takut kena serang sakit mata je....bila bangun tido pagi tadi...mak aiiihhh kelopak mata aku bengkak pulak! dah tu...nak buka mata pun sakit...hati ni mula tertanya² kenapalah mata aku ni tiba² jadi macam ni...

Tanpa membuang masa, aku pun ajak ayah aku ke klinik kesihatan...sebenarnya aku ni kureng suka pegi ke klinik sebab malas nak menunggu....lebih2 lagi klinik² kerajaan...aduhhh jenuh nak menunggu giliran nak jumpa doktor....dah la lama menunggu, bila masuk berjumpa dengan doktor, dia cerita lain pulak...aku ni dah la bengkak mata, dia check darah aku plak...cisss...doktor dapat detect aku ada darah tinggi....aku memang dah lama tau aku ada darah tinggi....tapi masalahnya, mata aku ni tengah membengkak...alahai doktor...nasib baik ko bagi aku m.c dengan ubat....kalau tak, pertama dan terakhirla aku jejakkan kaki kat situ...

macam² ubat nak kena telan ni...ada satu je ubat sapu kat dalam mata...

Balik dari klinik, ada yang kata aku ni kena kencing lipas la, kencing semut la, sengat lebah la, mata tumbuh ketumbit la, bla..bla..bla....tapi aku rasa mata aku ni kena jangkitan kuman...sebabnya semalam aku membasuh sangkar kucing..maybe tangan aku terkena najis kucing ke..aku tak perasan kan...bila mata aku gatal, tangan aku ada menggosok mata...sepatutnya aku kena lebih berhati²...bukan semborono je buat kerja....alahai apa boleh buat, dah nak kena kan...sabarjela.... :(



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

8 comments:

  1. nad. aku pena bengkak mata + mata aku merah. aku alergik lens. pasni aku tak bole pakai lagi dah.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulak kena jangkitan kuman..nasib dah ok... :')

      Delete
  2. kesiannyee .. sabarlaa sebab sakit tu kan ujiann ..

    ReplyDelete
  3. singgah sini nak jemput join segmen : http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/11/pencarian-bloglist-musim-1-diari-farisha.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..leh sy tau x sume nme ubt tu?kelopak mte sy bengkak da 2 bulan..try mcm2 tp xok gx..jmpe doctor pn bg ubt alahan je..xbg ubt dlm mte pn..plzz..:-)

      Delete
  4. BOLEH..CUBA PRODUC AHB...MATA BUTA..PUN..SEMBUH..SETAKAT BENGKAH TU INSYAALAH..JAP JE..

    ReplyDelete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO