BEST FOLLOWERS

20 November 2012

TIPS MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Salam selasa uols...

Alhamdulillah, hari ni aku dah mulakan tugas...kelopak mata aku pun dah beransur pulih....cuma, aku risau pasal 1 benda je lagi...tekanan darah tinggi...alamak...macam mana la aku boleh ada darah tinggi ni? mungkin  penyakit keturunan? atau pun kolestrol aku tinggi? nak kata penyakit keturunan pun ye jugak sebab ayah aku  ada darah tinggi...plak tu family aku kalau makan memang takde pantang larang pun..semua bantai...


So, langkah yang perlu aku ambil sekarang ni, kena control makan...itulah nasihat doktor....aku dah kena kurangkan makan makanan masin, berlemak & seafood...setakat ni darah aku masih ditahap bahaya jugak...tekanan darah atas 160, tekanan darah bawah 100...aku kena dapatkan tekanan darah yang seimbang bila control makan...tido pun kena cukup & yang paling penting jangan terlampau stress.....

Ada jugakla tips² yang aku dapat dari family & kawan², antaranya ialah :
  • Makan 3 ulas bawang putih.
  • Makan 2 biji buah belimbing.
  • Makan sayur peria.
  • Minum air rebusan taugeh.
Setakat ni aku dah cuba makan bawang putih...yang lain² tu aku belum cuba lagi...sebabnya tekak aku lebih menerima bawang putih sebab daripada kecik aku memang suka makan bawang, tak kiralah bawang merah ke, bawang putih ke, daun sup daun bawang ke....pelikkan??sebab ada orang tak makan bawang...aku ok je! :) alhamdulillah, darah aku akan turun sedikit demi sedikit....sakit kepala pun akan hilang...

Nasihat aku, pada korang yang ada darah tinggi tu....jagalah kesihatan baik²...jangan menyesal dikemudian hari sudahla...sebabnya kalau dibiarkan, macam² penyakit akan datang nanti...kalau dibiarkan, boleh kena stroke, sakit jantung, buah pinggang rosak, mata boleh jadi kabur atau buta dsb..


seramkan tengok gambar kat atas ni?kalau korang seram, aku lagilah seramm...lepas ni better korang pergi check darah,manalah tau kan tekanan darah korang tinggi ke rendah ke...takpun kolestrol korang tinggi ke...alahai...jangan malas² ok...jaga pemakanan elok², jangan jadi macam aku ni...

gambar kat atas ni antara simpton² penghidap sakit darah tinggi



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

7 comments:

  1. thanks for the info..tiga ulas bawang tu makan mcm mana ekk?? mentah atau goreng? boleh tak whatupp aku di num ni 0168492194 sbb aku tak da masalah nak buka internet. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan mentah..kalu ko sanggup le..hehe..apapun all the best!

      Delete
  2. aku selalu pening mcm nak muntah, rasa tak balance mamai mcm tu :) itu darah tinggi kah..aku slalu juga check darah. bacaan kebiasaannya dalam lingkungan 135/90 (biasanya) dan ke atas..kadang2 lebih dari ni. 135/96 lebih kurang lah mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu maknanya ko dah hampir kena darah tinggi..better pegi jumpa doktor..

      Delete
  3. Anonymous30 May, 2013

    makan buah pear setiap hari, dalam 2 biji, berkesan untuk turunkn tekanan darah tinggi, dah ada kajian mengenainya,saya tengok kt tv

    ReplyDelete
  4. kalau nak cepat turung dan hilang terus darah tinggi..kena ambil produk sampingan juga..sebab kan jentera dalam badan kita dah lama tak service...salah satunya ..cordyceps dari produk AHB .

    ReplyDelete
  5. salah satunya ..minus jus..buah-buahan dan jika nak cepat turun..sila..ambil AOX produk ahb..

    ReplyDelete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO