BEST FOLLOWERS

13 November 2012

HAPPY DEEPAVALI!!!


Wahh..hari ni aku rasa seronok sangat sebab dapat cuti n dapat merehat²kan badan kat rumah..hehe...terima kasih banyak² la kat orang India sebab bagi bangsa lain cuti....kan best tu dapat jadi rakyat Malaysia, berbilang kaum dan agama...bukan tu je, kita dapat hidup dengan aman, cuba bandingkan dengan negara²  lain tu...contoh di Gaza, (simpati sangat) n kita kat sini patut rasa bersyukur kan! :)

korang tau tak apa makna "Deepavali"? rupa²nya deepavali ni bermaksud "pesta cahaya"....mereka menggunakan simbolik cahaya kerana cahaya juga bermaksud kebaikan....wow! korang tengok jela gambar kat atas tu...bercahaya & berwarna-warni kan?

sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir...ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam...dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus....cahaya lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat....aku percaya, setiap agama mengajarkan kebaikan dan hindarkan diri daripada kejahatan.... :)


muruku

laddu

capati

kalau sebut pasal menu masyarakat India ni, aku pernahla jugak makan makanan diaorang ni seperti muruku, laddu, magelek, capatti, tosei dll. aku rasa korang mesti pernah makan kan?apa taknye, kat Malaysia je ada banyak kedai mamak 24 jam...huhuhu...



satu benda yang suka aku tengok waktu perayaan deepavali ni ialah kolam rangoli...kalau aku pegi beraya ke rumah member india, kat depan rumah diaorang mesti ada kolam rangoli ni....kreatif dan cantik sangat! bahan untuk membuat kolam rangoli ni diperbuat daripada beras berwarna...mereka kena deko rangoli ni sebelum matahari terbit....kenapa ek kolam rangoli ni kena design kat depan rumah? sebabnya hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, dewa kekayaan yang dipercayai akan mengunjungi rumah mereka...(mesti korang akan kata oooo kan lepas baca entri aku ni?) ('',)

apapun, aku nak ucap Happy Deepavali @ Diwali kepada semua penganut Hindu kat Malaysia ni...salam 1 Malaysia! :)



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

2 comments:

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO