Berita baik untuk rakyat Malaysia..khususnya orang bujang yang berpendapatan kasar RM2,000 ke bawah dapat bantuan sebanyak RM250 itu tak termasuk bantuan RM500 kalau korang layak..korang boleh la daftar BR1M 2.0 sekarang bermula 1 November 2012...Yang bagusnya kali ini permohonan BR1M 2.0 boleh dilakukan secara online (bukan macam dulu secara manual) & diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas. Kalau korang nak daftar, korang klik gambar kat atas tu ye...
Dengan nilai RM250 macam² aku nak buat, nak beli bateri kereta yang dah lama kong tu...huhu...nak harap duit gaji semua, tak larat la...huhuhu...syukur alhamdulillah, ada jugak durian runtuh...hehe..khabarnya duit tu akan dapat awal tahun depan, korang tunggu la panggilan dari ketua kampung ke, HASIL ke dsb.
Selain tu, kalau korang nak daftar secara manual, borang boleh didapati di :
Selain tu, kalau korang nak daftar secara manual, borang boleh didapati di :
- Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 kecuali jika :
- Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau;
- Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013.
Syarat Kelayakan Penerima BR1M 2.0 Kedua ialah :
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500 :
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500 :
- Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.
- Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM250 :
- Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia.
- Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.
- Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250.
so, tunggu apa lagi..jom daftar!!!!
yg belum kawen tu selok-eloknya memohon (: hehe
ReplyDeletebetul tu...awak dah kawin blum? :)
Deleteon my way.. aku da apply..... :)
ReplyDeletegood girl..hehe
Delete