Hari ni 1 Muharram 1434 Hijrah bersamaan 15 November 2012 merupakan tahun baru kepada umat Islam di seluruh dunia...hari ni jugak kat Johor cuti...negeri lain aku tak sure la...alhamdulillah, dah masuk tahun baru ni mestilah aku ada azam baru kan?mudah-mudahan segala amalan yang lalu diterima Allah S.W.T dan semoga tahun baru ini kita semua di dalam lindungan dan rahmat Allah... :)
So azam aku tahun ni :
- Kurangkan panas baran.
- Tingkatkan keimanan diri kepada Allah S.W.T
- Menjadi anak yang baik & taat kepada mak & ayah aku.
- Menjadi wanita yang berjaya.
- Berusaha menjadi wanita yang baik & setia kepada pasangan aku.
Korang jangan lupa tau membaca doa akhir tahun 1433 Hijrah agar kita dijauhkan dari godaan syaitan dan iblis serta doa awal tahun 1434 Hijrah untuk mendapat keberkatan dan perlindungan daripada Allah S.W.T..
Doa Akhir Tahun
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan Allah S.W.T dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Doa Awal Tahun
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram 1434 Hijrah. Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada firnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1434...semoga tahun baru ini akan meningkatkan kefahaman kita terhadap Islam dan apa jua yang kita lakukan diberkati Allah S.W.T.....
Salam Maal Hijrah untuk awak juga
ReplyDeleteterima kasih hanif...
Delete