BEST FOLLOWERS

27 November 2012

STRESS!!


Selamat petang semua....

Jam menunjukkan pukul 3 petang, aku kat office tak boleh nak fokus buat keja...banyak benda nak kena fikir, sebab aku ni hidup bukan untuk seorang, tapi banyak pihak aku nak kena jaga..first mestilah family, yang kedua, boyfriend aku...hidup ni kadang rasa stress sangat, tapi berbekalkan iman yang aku ada, aku meneruskan kehidupan walaupun banyak dugaan yang terpaksa aku tempuhi...

So apa yang aku buat kalau aku tengah stress :
  • Aku akan menyendiri.
  • Aku akan tido dan makan.
  • Aku akan menyanyi.
  • Aku akan baca Al-Quran.
  • Aku akan cari someone yang boleh aku percaya untuk solve problem aku.
Bohongla kalau kita boleh settle masalah dalam masa 1 hari. Aku tak tau la korang macam mana kan? Kalau aku banyak hari aku akan berfikir panjang...aku nak lari dari masalah pun tak boleh jugak..nanti lebih complicated masalah aku...tempias akibat aku stress ni tetap ada...disebabkan aku terlampau stress la aku kena darah tinggi..bukan tu je, bila aku stress, aku akan makan banyak² kononnya aku boleh legakan perasaan susah hati & sakit hati aku ni....

Selain tu, aku ada doa nak share ngan korang kalau korang sedang mengalami stress :
  • Ucapkan " La ilaha illallah " agar bibir kita sentiasa dibasahi dengan zikrullah siang dan malam.
  • Membaca " Bismillah " apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan.
  • Membaca " Alhamdulillah " apabila kita selesai melakukan sesuatu pekerjaan.
  • apabila terbuat kesalahan atau terserempak dengan dosa, kita harus membaca " Astaghfirullah hal azim "
  • Apabila menghadapi kesukaran, bacalah " Lahaula walaquwata illa billahil aliyil a'zim "
  • Apabila kerunsingan bacalah " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " (doa nabi yunus)
  • Apabila ditimpa musibah ucapkan " Inna lillahi wainna ilaihi raji'un "
Dengan mengamalkan doa-doa ini dalam kehidupan seharian kita, insyaAllah hati kita akan tenang...



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

6 comments:

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO