BEST FOLLOWERS

31 July 2012

BURGER BAKAR NO 1

Greeting Text

Hari ni aku nak kasi korang kecur sekejap..maklumlah sekarang ni kan bulan puasa...sabar jela ek?tak lama lagi nak berbuka la tu....aku nak share la kesedapan burger bakar kat korang ni...bagi korang yang belum mencuba burger bakar ni, aku galakkan korang cari dan beli lah...sedap giler!!! harga pulak memang mahal sikit...pada aku mahal la standard harga burger mc'd tu...tapi tekak ni dah tak boleh tahan, mahal pun mahal la janji dapat makan!! peh...tak sia2 aku mencuba...awesome!!!


Mula-mula beli tu macam tamak je...konon nak beli double punya...haha...rupa-rupanya makan burger setingkat pun dah kenyang tahap gaban...daging dia tebal giler...

Burger Bakar Double Cheese RM13.50

Haaa...ni 12 tingkat punya...harga mesti cecah 30 hengget!!

Segar dari tempat panggang...hehe...

Lokasi Bukit Indah, Johor Bahru

Selamat mencuba yer??



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

26 July 2012

PETUA & CARA ATASI MASALAH BERDENGKUR

Greeting Text

Hari ni aku nak bincangkan pasal orang tidur berdengkur...korang pernah dengar kan orang tidur berdengkur?ada yang bunyi macam motorboat, ada yang bunyi macam pelampung keluar angin..hehe...mesti korang rasa rimas & panas hati bila korang terdengar orang tidur berdengkur ni...tak tau la kalau korang sabar...relaks la..mungkin pasangan korang atau kawan2 korang tu tak sedar yang diaorang tidur berdengkur...


Mesti korang terfikir-fikir kenapa terjadinya orang tidur berdengkur?ada pendapat mengatakan punca berdengkur ni kerana terlampau penat...salah tu...sebenarnya punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan...wah...dah macam doktor pakar pulak aku ni....hehe

Okayla...aku nak share petua & tips kat korang ni..


Petua Menghilangkan Masalah Berdengkur :

Cara-caranya :

1. Sediakan 7 biji buah badam.
2. Tumbuh kesemua badam tu sampai lumat.
3. Kemudian, campurkannya dengan air susu suam dan kacau hingga sebati.
4. Kepada yang ada masalah berdengkur tu, bolehlah minum air tersebut.


Cara Atasi Masalah Berdengkur :
Ubah posisi tidur

Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Turunkan berat badan

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

Hidu wap air sebelum tidur

Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

Habuk 

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Selamat mencuba ya??



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

22 July 2012

SHOPPING DI KL SOGO

Greeting Text

Aku nak share story sikit la dengan korang....semalam aku & family aku pegi cuci2 mata kat KL SOGO & ONE UTAMA...seronok woo sekali-sekala dapat shopping..lebih2 lagi mak aku yang support aku...apa lagi panjang la langkah aku ni....hehe

KL SOGO macam biasa lah kan, setiap hari ada sale...ni lagi la nak dekat raya, sale giler2 la....aku, mak aku, aunt aku pun jadi rambang mata nak memilih...sebab semua barang2 kat situ cantik2 belaka! buat orang terliur je...penat memanglah penat tapi kalau dah ternampak sana-sini ada sale, kaki ni laju je berjalan..heheh

Sambil bershopping2 tu...kitaorang sempat jugakla snap gambar sana-sini...macam orang jakun kan?ahaks....

Korang tengok sendiri KL SOGO sales sana-sini

aku dengan aunt aku...

mak aku & aunt aku...macam belangkas...hehe

adik aku & aunt aku..pun macam belangkas jugak

mamat perasan hensem..ngeh3

 my lufly family!! muah3..

aku pun apa lagi tak melepaskan peluang
nak posing jugak..tangan kiri kanan penuh
dengan plastic bag...banyak ke?

so, aku nasihatkan kat korang pergilah serbu ke KL SOGO bulan ni..
Sales giler2 punya la..rugi je kalau tak singgah..hehe



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

BANGUN SAHUR!!

Penting ke sahur tu? Sahur bukanlah perkara yang diwajibkan tetapi perkara yang disunatkan kerana ada hikmah dan keberkatannya dengan makan sahur. Berkat disini bermaksud Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga turut mendoakannya. Bukan senang tu senang2 je didoakan.

Sahur juga 
membezakan puasa penganut agama lain dengan puasa muslimin kerana penganut agama lain tidak bersahur untuk berpuasa. Berbanding agama Islam, amat digalakkan untuk bersahur walaupun tidak wajib.

Sebaik-baik 
makanan bersahur untuk orang mukmin ialah kurma. Bukan masa berbuka puasa je makan kurma, masa bersahur pun elok makan kurma. Seperti yang diketahui kurma memang makanan terbaik keranakandungan gizi dan protein yang terkandung dalam kurma amat baik untuk tubuh manusia.



Kalau tak sempat masak tu, minum seteguk air pun dah okey masa sahur. Tapi amat digalakkan mengambil makanan secukupnya iaitu tidak terlalu banyak dan tidak pula terlalu sedikit untuk mengekalkan kecergasan dan tahap kesihatan yang baik ketika berpuasa.

Ok lepas sahur tu korang jangan lupa niat puasa ye?
meh aku ajar korang niat puasa kalau 
bagi orang yang teragak2 tu...


SELAMAT BERSAHUR & SELAMAT BERPUASA


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

20 July 2012

RAMADHAN DATANG LAGI..


Puasa sebenarnya memiliki  rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Imam Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukminin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia iaitu:
  1. Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada mengingat Allah.
  2. Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan sombong.
  3. Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.
  4. Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram.Iman Ghazali memperi perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian memusnahkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ”Ada ramai ynag berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”
  5. Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah engan makanan.Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundaang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.
  6. Hatinya hendaklah bimbang diantara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa jua ibadat.
Alhamdulillah, bulan Ramadhan menjelma lagi untuk tahun 2012 ni..

Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan,amin...

Dalam pada tu, korang jangan lupa bangun sahur

 coz bangun sahur ni besar ganjaran pahala nya...

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan...

SELAMAT BERPUASA!!





Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

15 July 2012

RESTORAN ANUGERAH STEAK


Greeting Text

Hari ni aku nak share la kat korang tempat makan yg best2 kat Johor Bahru...

Nama restoran tu "Restoran Anugerah Steak"

berhadapan dengan Taman Tasik, Johor Bahru...

Entah tiba2 abang aku yang sulung tu nak belanja aku,mak & ayah aku

makan...sekali-sekala best jugak makan ramai2..bukan senang nak berkumpul...


Ni la rupa along aku (Adree) & wife dia (Zalily)

Anak2 along aku, Alya (Kakak) & Airisa (Adik)

Mak & Ayah aku...ceria je mak aku ni...

Uncle Lee & Ariana

Ariana Batrisyia, anak along aku

Aku pun terselit jugak..hehe

Best jugak dapat makan kat Anugerah Cafe ni

environtment dia best, makanan pun not bad & harga dia takla mahal sangat!

Menu pertama yang sampai...
ONION RINGS
HARGA : RM3.50

Menu kedua..
CHEEZY WEDGES
HARGA : RM5.00

Menu anak buah aku, Airisa
SPAGGETHI BOLONIES
HARGA : RM8.00

Menu untuk anak buah aku, Alya & Ariana
FRIED CHICKEN CHOP
HARGA : RM7.00

Ni menu aku, mak ayah aku, along aku & my bf
CHICKEN CHOP GRILLED
HARGA : RM7.00

Minuman aku & my mom
CARROT LIMAU, HARGA : RM3.00
MILO AIS TABUR, HARGA RM3.00

Selamat mencuba ye...?

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

11 July 2012

TUTORIAL : BUAT BODY MELENGKUNG UNTUK SIMPLE TEMPLATE SAHAJA

Greeting Text

Jom ikuti tutorial saya ni....sila beri perhatian ok?




Cari kod di bawah ini :

.main-outer {

Then, korang copy kod (yang ada kat bawah ni) di bawah .main-outer { tu ok?

-moz-border-radius: 15px;
-webkit-border-radius: 15px;

Last sekali, preview lepas tu save ! Mudah kan?

Selamat mencuba! 


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

10 July 2012

Segmen: JOM TAMBAH FOLLOWER by SANDRA !

Greeting Text

Kalau korang berminat nak tambah followers kat blog korang jom ikut tutorial yang aku share kan kat korang ni...

Klik kat gambar di bawah

  1. Follow & like fan page Sandra di sidebar sebelah kanan.
  2. Buat entry mengenai Segmen: JOM TAMBAH FOLLOWER by SANDRA!.
  3. Letak banner segmen di atas tu di entry korang dan link kan kepada Sandra.
  4. Tag minimum 2 @ lebih bloggers yang korang berkenan.
  5. Link kan entry korang di ruang komen Sandra.
  6. Segmen ni berlangsung sehingga 22 Julai 2012.

Tag for my lover bloggers :



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

08 July 2012

KENDURI TAHLIL AT MY PAK UDA HOUSE

Greeting Text

Alhamdulillah semalam aku satu family balik ke Batu Pahat, setelah sekian lama tak balik kampung...aku balik ke sana bukannya apa, ada majlis tahlil kat rumah Pak Uda & Mak Uda aku...macam biasa lah, mak aku antara chef2 yang dilantik oleh Mak Uda aku...diaorang suka betul rendang paru mak aku...so aku pun terlibat jugaklah menolong mak aku kat dapur....ada urat terkehel pun masih ada niat nak menolong...bukan apa, tahlil ni untuk arwah Atuk Ayah, Atuk Mak, Pak Long & Pak Ngah aku....


Sebelum tetamu datang aku & sepupu2,makcik2, pakcik2 aku berposing2 la dulu...semuanya sporting nak bergambar...tambah lagi dengan anak2 buah sepupu aku..peh! riuh rendah rumah Pak Uda & Mak Uda aku.....kitaorang yang besar2 ni pun buat bising jugak mana taknya masing2 ketawa macam langsuir..hehe...biasa lah jumpa sedara-mara sesekali....




 

Tak lama lepas tu, tetamu pun datang beransur-ansur...kitaorang pun kembali menjadi orang yang penuh dengan sopan santun..bajet sopan la,hahahaktuiiihhhh....




Antara menu yang disediakan untuk para tetamu

Air bandung soda terbaik dari ladang!


Wajah2 sepupu2...cute2 semuanya!

Malam pulak, ada birthday party, akak sepupu aku sambut birthday anak bongsu dia...peh...pendek kata, makanan memang mewah la semalam...aku sendiri tersandar akibat kekenyangan...muka stim je nak tido..time tu teringat la pulak bantal busuk aku..peh kalau ada time tu memang lena giler aku tido...hehe





Great moment...walaupun gambar agak kabur...

Tu jela yang aku dapat share kan kat korang ye...sekian, terima kasih.



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

BLOG INI MILIK MISS KINUKO