BEST FOLLOWERS

22 July 2012

BANGUN SAHUR!!

Penting ke sahur tu? Sahur bukanlah perkara yang diwajibkan tetapi perkara yang disunatkan kerana ada hikmah dan keberkatannya dengan makan sahur. Berkat disini bermaksud Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga turut mendoakannya. Bukan senang tu senang2 je didoakan.

Sahur juga 
membezakan puasa penganut agama lain dengan puasa muslimin kerana penganut agama lain tidak bersahur untuk berpuasa. Berbanding agama Islam, amat digalakkan untuk bersahur walaupun tidak wajib.

Sebaik-baik 
makanan bersahur untuk orang mukmin ialah kurma. Bukan masa berbuka puasa je makan kurma, masa bersahur pun elok makan kurma. Seperti yang diketahui kurma memang makanan terbaik keranakandungan gizi dan protein yang terkandung dalam kurma amat baik untuk tubuh manusia.



Kalau tak sempat masak tu, minum seteguk air pun dah okey masa sahur. Tapi amat digalakkan mengambil makanan secukupnya iaitu tidak terlalu banyak dan tidak pula terlalu sedikit untuk mengekalkan kecergasan dan tahap kesihatan yang baik ketika berpuasa.

Ok lepas sahur tu korang jangan lupa niat puasa ye?
meh aku ajar korang niat puasa kalau 
bagi orang yang teragak2 tu...


SELAMAT BERSAHUR & SELAMAT BERPUASA


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

No comments:

Post a Comment

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO