BEST FOLLOWERS

14 September 2012

APA ITU ANGIN MEDU?

Greeting Text

Kalau dengar dari nama, macam tak pernah dengar kan?tapi itulah penyakit yang menyeramkan bagi kaum wanita mahupun kaum lelaki...jom baca artikel ni...daripada Farit Ismeth Emir.


1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya.
2. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa.
3. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.
Petua 1: Amalkan meminum rebusan akar hempedu bumi. Ambil segenggam akar tersebut dan rebuskan dengan seperiuk kecil air. Biarkan air tersebut mendidih sehingga airnya tinggal ½ periuk. Minum segelas pagi, tengahari dan malam.
Petua 2: Ambil segenggam daun gentang guri. Rebus dan minum airnya. Manakala, akarnya diasah dan sapukan pada perut, dada dan belakang pada waktu pagi, tengahari dan malam.
Nasihat Untuk Pengidap Medu Angin - Anda dinasihatkan menjaga pemakanan. Berikut ialah di antara jenis-jenis makanan dan minuman yang dilarang makan/minum untuk sementara waktu:
1.    Makanan/Minuman yang Sejuk
  • Tembikai, pisang goreng/mentah, duku, ciku, manggis dan betik.
  • Kangkung, kacang panjang, kacang bendi, labu, terung, keladi dan kacang hijau.
  • Air batu, air wap, air kelapa dan air teh.
2.    Makanan/Minuman Masam (berasid)
  • Mempelam masam, semua jenis jeruk, acar, cuka dan limau masam.
  • Daging kerbau.
3.       Makanan/Minuman Bergas
a.      Durian.
b.     Tapai.
c.      Air botol/tin bergas.
4.     Makanan/Minuman mengandungi Kafein.
a.      Kopi, Nescafe, Indo Cafe dan seumpamanya.
b.     Rokok.
5.     Lain-lain Makanan/Minuman Yang Boleh Mendatangkan Angin
a.      Petai, jering dan kerdas.
b.     Susu tin (cair, krimer atau pekat manis).
AMALAN LAIN YANG PERLU :
  • Buatlah senaman regangan urat sewaktu hendak tidur dan baru bangun dari tidur.
  • Kalau boleh, jangan tidur malam dengan berkipas. Seandainya hendak berkipas juga, jangan pasang kipas terlalu kuat. Jika anda menggunakan penghawa dingin, hendaklah mengenakan selimut.
  • Selalu amalkan meminum segelas air masak/suam pada waktu pagi supaya perut anda tidak kosong.
  • Jangan biarkan perut kosong. Sekiranya terasa lapar dan tidak dapat makan banyak, makanlah sedikit agar perut tidak masuk angin.
  • Apabila anda terasa ingin buang air besar atau kecil, bersegeralah ke tandas.
  • Jika anda terasa ingin buang angin, jangan ditangguh-tangguhkan. Lepaskanlah.

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

20 comments:

  1. orang kampung panggil angin medu tapi orang luar panggil gastrik :)

    ReplyDelete
  2. hehe..tula....tapi dengar2 angin medu ni penyakit keturunan...mcm tak sama dgn gastrik...

    ReplyDelete
  3. saya rasa dh dpt penyakit ni....dh tak tau nk wat per sakit nyer hanya tuhan yg tahu...tolong la,...bg petua utk kurangkn rasa sakit ni...

    ReplyDelete
  4. cuba la minum akar kayu yg di atas, sy tukang urut,tp cuma urut wanita sahaja...

    ReplyDelete
  5. Angin medu boleh di urut ke? Sy juga pengidapnye...sy juga mkn ubat dr pakar iaitu ganaton itopride hydrochloride

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Medu boleh diurut ke?sy kerap sedawa...dn angin sebuku kt dada...kdg2 xselesa nk bernafas...minta pendapat semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous19 May, 2022

      Sama mcm saya, masih dlm rawatan

      Delete
  8. Saya pun sama....jumpa Dr.China akapuntur...alhamdulillah ok

    ReplyDelete
  9. Saya pun sama....jumpa Dr.China akapuntur...alhamdulillah ok

    ReplyDelete
  10. Sy sdg alami pykit ini.. sesak nfs..pitam..nadi naik smpai 230..ingatkn mslh jtg..lps semua ujian dibuat..angin byk doc kate..hari ni baru start mkn ubat ganaton..

    ReplyDelete
  11. Sy amal mkn kurma n susu..avoid seme mknn pedas berkari sejuk ais berkafein n buah2an tempatan..
    Mkn dlm kuantiti yg sedikit..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah kalau diizinkan Allah penyakit medu angin ni blh sembuh ikhtiar..sy dulu pernah merasa derita sakit medu angin Ni..slepas mengurut dgn arwah ayah..alhamdulillah skarang dh sihat..kl sape2 nk bntaun contact no Ni 0189048259

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah kalau diizinkan Allah penyakit medu angin ni blh sembuh ikhtiar..sy dulu pernah merasa derita sakit medu angin Ni..slepas mengurut dgn arwah ayah..alhamdulillah skarang dh sihat..kl sape2 nk bntaun contact no Ni 0189048259

    ReplyDelete
  15. Pakar Urut Saraf Lelaki Dan Wanita.
    0176823768.Jln Aman Sungai Merab Luar
    Kajang.

    ReplyDelete
  16. Klu pompuan ada ke tukng urutnye

    ReplyDelete
  17. Angin medu, uluran, gastrik hanya sekali urut saja InshaAllah baik. Cara
    lain pun tetapi susah hendak baiklambat .Tetapi makan kena patang.Siapa ada masalah penyakit
    di atas boleh lah jumpa.
    Che Soh Pakar Saraf.
    Facebook Che Soh Pakar Saraf.
    108649 Aman Sungai Merab Luar Kajang.

    ReplyDelete
  18. Sebenarnya masalah angin bg org lelaki berpunca dari urat telur yg bengkak angin. Angin dlm urat telur mesti dikeluarkan, InsyaAllah badan akan pulih seperti sediakala.

    Urutan Buang Angin Tanah Merah - 0169158913 (Pijo)

    ReplyDelete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO