BEST FOLLOWERS

27 August 2012

MY LUFLY COUSINS WEDDING PART 1

Greeting Text

Alhamdulillah selesai sudah majlis cousin aku yang berlangsung di Batu Pahat semalam & kelmarin..actually kenapa sampai 2 hari?sebabnya ada 2 orang cousin aku yang kahwin..diaorang adik-beradik, sorang abang dan sorang lagi adik perempuan....abang dia yang nikah dulu barulah adik dia...diaorang antara cousin yang paling rapat dengan aku, especially adik perempuan dia, Syahida Adila nama dia....so aku kena lah tolong apa yang patut, penat bagai tapi....seronok sebab dapat berkumpul ramai2, merewang sama2..hehe...


Gambar kat atas ni gambar kitaorang sedang merewang ramai2 membungkus goodies2 untuk tetamu yang hadir ke majlis keesokan harinya...banyak jugak kitaorang membungkus goodies2 ni...1,200 unit...peh...sekali lagi mata aku rabak nak menyiapkan goodies2 ni...semua kerja dibuat last minute, apa taknye telur pindang datang last minute...selain telur pindang, ada jugak terdapat gula2 candy kelapa...sedap! apa kata kita layan gambar yang lain pulak...gambar sebelum cousin aku diijabkabulkan...layannnnzzzzz!

 

 

 






 

 

Alhamdulillah selamat semuanya..cousin aku, Mohamad Afiq Faiz b. Mohd Yes telah selamat menjadi suami kepada Nurul Ain bt. Abdul Razak....korang sendiri tengok betapa leganya wajah cousin aku selepas diakadnikahkan (ada ke ayat macam tu?) kalau tak serius je muka dia..hehehehe...gambar kat bawah ni gambar hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.

 

 

 


Hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki..

 

 


Faiz (sepupu aku) & Ain tak nak bersanding di rumah perempuan,
itu atas permintaan sepupu aku sendiri, pelamin memang ada, tapi untuk tujuan bergambar je...


Acara makan berdamai & potong kek di rumah pengantin perempuan..


Setakat ni jela gambar yang ada dalam simpanan aku..kalau ada lagi, aku akan update.
To be continue! :)



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

No comments:

Post a Comment

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO