BEST FOLLOWERS

20 September 2012

BATUK YANG MEMERITKAN TEKAK

Greeting Text
Selamat pagi semua, hari ni aku terasa unwell sesangat (sigh!) pagi2 dah terbatuk2...Kadang tu aku tertanya kenapa la kalau aku terkena batuk susah betul nak baik (siyes!)...bila aku batuk terasa nak tercabut anak tekak, tido pun tak tenteram, makan pun tak berapa selera, badan jadi lemah & kahak pun bercampur dengan darah....dah macam2 ubat batuk aku makan, susah jugak nak sembuh...tension!


Saat ni tetiba je aku teringat petua arwah nenek aku...kalau nak cepat sembuh, makan bawang putih @ merah...peh...mula2 dengar macam ngeri, tapi nak baik punya pasal...aku telan jugak...alhamdulillah 3 hari je dah baik....kalau korang cekal, cuba lah petua nenek aku ni ye.....sebab aku tau tak semua orang boleh terima makan bawang mentah....bukan tu je, khasiat bawang putih ni banyak selain mengurangkan rabun mata, bawang putih jugak bagus untuk turunkan kolestrol dalam darah....

Nasihat aku kat korang jangan lah ambil ringan kalau dah terjangkit batuk ni..cepat2 la jumpa doktor, manalah tau kan, ada jangkitan kuman kat paru2 ke, atau salur pernafasan ke....tak percaya, meh baca artikel Dr. Patrick Chan ni...

MASALAH sering bermula dengan rasa gatal pada tekak. Seterusnya, tekak terasa semakin gatal dan tidak lama kemudian, kita mula mengalami batuk-batuk yang teruk. Semua orang pernah diserang batuk sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan pengalaman ini sememangnya kurang menyenangkan terutamanya jika kita sedang melakukan sesuatu yang penting seperti menghadiri mesyuarat, memberi ucapan atau menyertai telepersidangan.

“Sebenarnya batuk ialah sejenis mekanisme pertahanan fisiologi yang penting. Ini merupakan cara semula jadi tubuh untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan bahan rengsa atau rembesan daripada saluran udara,” kata Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.

Refleks batuk berlaku secara spontan apabila bahan pencemar merangsang lapisan saluran udara, menyebabkan pembebasan udara secara kuat daripada paru-paru untuk mengeluarkan sebarang bahan rengsa dan penghalang.

Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. namun begitu, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerebu.

“Apabila ini berlaku, batuk boleh membawa kesan serius kepada pesakit, kerana akan mengganggu tidur dan selera makan. Batuk kronik boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah atau bekerja,” terang Patrick.

Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil. Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan. Ini mungkin termasuk sakit kepala, disritmia kardium (denyutan jantung tak sekata), masalah tidur, pendarahan subkonjunktiva (mata merah), muntah disebabkan batuk, hernia inguinal dan refluks gastroesofagus.

“Dengan mengetahui jenis batuk yang dialami, anda boleh membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan jika perlu dan bukannya menunggu sehingga masalah batuk pulih secara sendiri,” katanya. 

Menurutnya, seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami kesakitan teruk atau pengsan.Batuk juga perlu dirujuk pada doktor jika membawa kepada masalah lain seperti muntah darah, batuk anda begitu teruk sehingga tak dapat tidur malam atau anda bimbang tentang punca batuk.

“Batuk terbahagi kepada dua iaitu batuk kering atau yang berkahak. Batuk kering tidak menghasilkan mukus, manakala batuk berkahak kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran kahak (mukus),” jelas Patrick tentang jenis batuk.

Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.

“Jika anda mengalami batuk berkahak, perhatikan warna dan rupa kahak untuk menentukan jenis jangkitan yang anda alami,” terangnya.
Kahak yang bernanah dan berwarna keperangan menunjukkan jangkitan bakteria, manakala mukus kelabu keputihan menandakan alahan atau jangkitan virus, sementara kahak berbuih dikaitkan dengan edema pulmonari (bengkak paru-paru), iaitu kesan kegagalan jantung.

“Pesakit dengan kegagalan jantung biasanya batuk teruk pada waktu malam apabila berbaring, manakala perokok dan penghidap asma biasanya mengalami batuk sekali-sekala pada awal pagi yang kadangkala berdehit. Dalam keadaan lebih serius, kahak yang keluar mungkin berdarah,” tambah Patrick.
Masalah batuk kerap yang dialami kurang daripada dua minggu boleh diklasifikasikan sebagai batuk akut, yang biasanya berpunca daripada jangkitan pernafasan virus seperti selesema biasa dan flu.

“Batuk yang berlarutan lebih daripada dua minggu dianggap batuk kronik. Walaupun batuk kronik biasanya tidak mengancam nyawa, punca asasnya perlu disiasat jika batuk berpanjangan,” Patrick mengingatkan.

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

10 comments:

  1. Salam. hi miss. saya dtg follow. maaf lambat balas kunjungan. get well soon ye :)

    www.suriaqistina.blogspot.com
    www.buluhvoice.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. it's ok,thanks sue...salam perkenalan dari saya ;)

    ReplyDelete
  3. kalau batuk time tidur yang menggangu tu.. nak tidur pon susah kan...

    ReplyDelete
  4. jarang batuk2..tp sekali kena teruk...

    ReplyDelete
  5. Dah sembuh pun!!!
    Kena cuba petua!!!
    Datang dari segmen
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html
    U in my bloglist
    Hanif blog bloglist
    Additional item join my segmen..hehehehhe
    Check blog anda berdasarkan bloglist abjad
    Every week saya datang melawat tapi dengan syarat always updated blog..hahahha
    Jumlah peserta kini 113 orang ..

    ReplyDelete
  6. terbatuk2 sy membacanya..heheh..nice tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong sy!!! Sy xdpt nk tido setiap mlm sbb batuk teruk

      Delete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO