BEST FOLLOWERS

07 January 2013

TAUFAN SONAMU AKAN MELANDA DI PANTAI TIMUR ESOK?

Salam...

Info yang aku dapat ni bukan main² tau..pada mulanya aku seakan tak percaya sebab zaman sekarang ni macam² khabar angin disebarkan..tapi bila aku check sendiri kat laman web Jabatan Meteorologi, sahla esok 8 Januari 2013 akan dilanda ribut taufan, taufan tu diberi nama taufan sonamu...kemungkinan banjir besar akan berlaku di Pantai Timur terutamanya di Pantai Dungun, Terengganu....

Ini antara kawasan yang akan dilanda taufan sonamu (Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor)

Ada juga khabar angin mengatakan Kelantan dan Terengganu akan dilanda tsunami akibat ribut tropika bernama Sonamu. Taufan ini telahpun melemah di Laut China Selatan dan menjadi ribut tropika dan akan mendatangkan hujan lebat luar biasa diramalkan selama dua hingga tiga hari, bukan sahaja di Kelantan, Terengganu dan Pahang, malahan di pendalaman Perak dan mungkin juga Kuala Lumpur. 

Perlu diingatkan bahawa tsunami adalah pergerakan bawah lautan yang menghambur dasar laut ke daratan dan ini tidak mudah terjadi di perairan pantai timur semenanjung walaupun jika terjadi runtuhan dasar laut akibat gempa bumi di pinggiran pasifik berdekatan, apatah pula diakibatkan ribut tropika. 

Ini kerana perairan ceteknya mengunjur hampir 600km dari pantai berbanding laut dalam di perairan Kedah dan Perlis yang hanya terletak kira-kira 100km dari pantai. Taufan kuat yang melanda Filipina beberapa kali setahun pun tidak mampu menghasilkan tsunami, apatah lagi ribut tropika. 

Namun limpahan air laut akibat angin kencang dan air pasang besar boleh berlaku ditambah dengan curahan hujan luar biasa yang akan mengakibatkan banjir. Inilah kali pertama ribut tropika diramalkan mendarat di semenanjung selepas kali terakhir pada akhir 1970an...



Diharap penduduk² di kawasan pantai timur tidak panik jika berlaku sebarang bencana esok..sama²lah kita doakan untuk mereka² yang berada di sana...




Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

7 comments:

  1. ye duk di kuala terengganu,saya pun ada dgr ramalan tu...

    ReplyDelete
  2. Kat Dungun ni masing-masing dalam keadaan berjaga-jaga. Pasar malam pun tak ramai yang berniaga dan berkunjung. Lengang je. Ombak laut memang nampak lebih tinggi dari biasa serta angin pun kuat. Hujan ada turun tapi tak lebat pagi ni walaupun awal pagi ni awan gelap menyelubungi seluruh kawasan pantai ni. Moga-moga Allah taala hindarkan kami dari bala, bawa ribut jauh-jauh.. Amin..

    ReplyDelete
  3. ya allah ya tuhanku,kau slmatkan kami pnduduk yg tkene tmpias sonamu,sesungguhnye hanya pdmu kami meminta n memohon..

    ReplyDelete
  4. Atas carian, alhamdulillah dapat do'a ini. Semalam hingga hari ini angin kuat di kawasan Taman Temiang Jaya, Seremban (19 Jan 2013). Sejak jam 0300 pagi sampai hari ni. Masih kelam hari ini. Tak nampak matahari.

    ReplyDelete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO