BEST FOLLOWERS

01 January 2013

HAPPY NEW YEAR 2013!!!


Salam...

wahhh...pejam celik je dah masuk tahun 2013 kan? maknanye umur aku pun melangkah setahun lagi..alahai...dah tua rupanya aku...tapi masih tak kahwin² lagi...tapi apapun aku bersyukur sangat², sehingga ke hari ni aku dapat lagi melihat dunia yang serba indah ini...terima kasih ya Allah...

bila dah masuk tahun baru ni mesti korang ada macam² azam kan? atau azam yang dulu masih belum dilaksanakan lagi? kalau aku, banyak benda lagi belum di settle kan, so tahun ni tak nak lah berangan jauh² sangat, kena settle² apa yang patut ni dulu...korang doakan jela ek moga² aku jadi anak yang baik, pekerja yang cemerlang dan dijodohkan dengan teman hidup yang baik....amin.....

antara azam tahun 2012 aku :

1) nak bayar hutang² yang tertunggak.

2) nak pakai i Phone 5.

3) nak melancong ke Jakarta dan Bandung.

4) nak kahwin.

5) nak memperluaskan lagi perniagaan aku yang sedia ada.

kalau korang nak tau, semua azam kat atas ni belum lagi terlaksana..so macam mana aku nak tambah lagi azam untuk tahun 2013??...insyaallah, satu persatu aku akan laksanakan..sabar itu kan separuh daripada iman?? aku kat sini mendoakan agar azam korang jugak terlaksana, insyaallah sama² lah kita berdoa ya...

HAPPY NEW YEAR 2013!!!



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

No comments:

Post a Comment

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO