BEST FOLLOWERS

20 December 2012

APA MAKSUD HARI HOL?

Salam uols..

Besttnye hari ni aku cuti.....tapi untuk Johorean je..hehe...korang nak tau kenapa Johor cuti? rasanya ramai yang peka kot kenapa Johor cuti hari ni..cuba check kat kalendar tu kenapa Johor cuti? tettt...hari ni kan Hari Hol Sultan Johor....apalah korang ni..hehehe...tapi sebenarnya aku tak berapa faham apa maksud Hari Hol Sultan Johor..teruknya aku...dah 27 tahun hidup, hari hol pun tak tau...maaflah, yang aku tau cuti je..

"Kamus Dewan" mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Hari Hol juga bertujuan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk memperingati kerabat diraja negeri yang mangkat.....alamak...simple je maksud dia...sure lepas ni aku akan confident bagi jawapan pada member² yang kat luar Johor tu sebab ramai yang bertanya apa tu hari hol...tak silap aku, kat dalam Malaysia ni ada 2 negeri je yang ada hari hol...Johor dan Pahang....tak percaya korang tengok kat kalendar sekali lagi...

Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor telah dipinda dari 6 Rejab 1431 kepada 6 Safar 1432...so tahun depan, 2013 jatuh pada 9 Disember 2013...hehe...yang syoknya time tu hari Isnin, so dari Sabtu sampai hari Isnin aku cuti straight...alhamdulillah..... :) Selamat bercuti Johorean!!

Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

7 comments:

  1. entry ni agak menjeleskan aku. so, nak cuti dendiam je erh nad.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....nampaknye ko kena balik johor beb..keja sini.. :P

      Delete
  2. oo baru Zack tahu, thax for the info

    ReplyDelete
  3. seronok yer johor cuti arini xpa thn dpn johor kerja hari ahad tgk nanti best ke tak best tiap2 hujung minggu bekerja

    ReplyDelete
  4. Salam
    Dlm masyarakat Islam d Sarawak.. kami ada majlis di sebut "Makan Hol" yg juga bermaksud Kenduri Arwah. Majlis ini selalunya is a family affair. Kami solat berjemaah Marghrib & Isya serta membaca Tahlil di antara solat itu. Selepas solat Isya kami akan mulakan jamuan makan. Kadang2 ada keluarga yg adakan majlis ini selepas solat Asar. Majlis Makan Hol akan kami adakan utk setiap ahli keluarga terdekat yg dah meninggal. Utk hari arwah yg jatuh pada bulan Islam yg sama.. kami akan buat satu majlis sahaja utk semua yg meninggal pada bulan itu utk jimat kos..

    ReplyDelete
  5. Salam

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO