BEST FOLLOWERS

12 December 2012

KEHEBATAN SAMSUNG GALAXY CAMERA

Salam peeps...
Entri kali ni aku nak hebahkan kat korang tentang kehebatan Samsung...yang paling latest, Samsung Galaxy Camera...aku rasa baru je keluar Galaxy Note II tetiba pulak keluar Galaxy Camera....betapa canggihnya gadget zaman sekarang, kamera pun boleh main game dan yang paling ohsem..boleh mengakses internet!!! wow!! nampaknye Apple dan Blackberry mendapat saingan hebat daripada Samsung...
Samsung Galaxy Camera merupakan kamera digital pertama yang beroperasi menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, memiliki micro sim card tray, paparan touch screen bersaiz 4.8 inci serta fungsi 3G untuk pemiliknya menggunakan internet mudah alih (tapi tidak boleh membuat panggilan atau terima sms). Pendek kata, Samsung Galaxy Camera merupakan kamera digital professional digabung bersama fungsi telefon pintar Android. Ia juga boleh mengakses internet melalui capaian Wifi. Lensa Samsung Galaxy Camera berkuasa 17 megapiksel dilengkapi optical zoom 21 kali. Cip pemprosesannya adalah jenis quad core berkelajuan 1.4Ghz dipasang bersama RAM sejumlah 1GB juga memori dalaman berkapasiti 8GB. Samsung Galaxy Camera menyamai spesifikasi telefon pintar prestasi tinggi Samsung seperti Galaxy S3 juga Galaxy Note. Korang boleh download apa jua aplikasi dari Google Play Store (termasuk Facebook dan Instagram) sambil menikmati keseronokan mengambil gambar menggunakan kamera digital ini. Galaxy Camera merupakan gajet yang wajib dimiliki terutama jika anda gemar bermain Instagram juga Facebook. Selain itu, gajet ini memiliki slot kad memori MicroSD dengan had muatan maksima 64GB serta mampu merakam video berdefinasi tinggi (HD) pada paparan 1080 piksel...


Antara fungsi yang menarik yang terdapat pada kamera ini adalah korang boleh terus mengedit gambar yang  korang rakam secara terus melalui kamera ini dengan 35 jenis ciri pengedit gambar melalui aplikasi Photo Wizard dan seterusnya korang boleh memuat naik ke laman sosial ataupun simpanan dalam talian melalui fungsi Share shot yang disediakan.
Selain tu...kamera ni juga boleh memuat naik gambar secara automatik ke ruangan simpanan data dalam talian yang disediakan. Korang boleh berkongsi gambar² korang dalam talian melalui perkhidmatan All Share Samsung. Dikhabarkan juga, harga bagi Samsung Galaxy Camera dipasaran adalah RM1,899.00..bagi sesiapa yang addicted kat kamera tu..boleh la try..... :)
Untuk spesifikasi penuh sila tekan SINI...


Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

4 comments:

  1. Hemm......tak larat nak kejar teknolgi..habis pulus..hehehehheh
    Tapi aku suka DLSR...hahahahah

    ReplyDelete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO