Salam..
Malam ni adalah penentu bagi skuad Harimau Malaya layak ke final atau tak berentap dengan skuad Gajah Putih...ini adalah perlawanan kedua Malaysia menentang Thailand, kerana sebelum ni Malaysia seri dengan Thailand...tapi kalau ikut agregat, Thailand dapat kelebihan mata kerana main di tempat lawan..alahai aku kat sini seram sejuk je dari tadi...macam tak senang duduk dibuatnye..huhu.....harap² ada khabar baik la kan....
Aku dapat berita mengatakan Malaysia sedikit terkilan kerana tidak dapat mencuba venue sebenar untuk separuh akhir kedua Piala AFF hari ini, iaitu Stadium Supachalasai dalam cabaran mendapatkan kemenangan dalam perlawanan Thailand vs Malaysia malam ini.....
Sebaliknya skuad Datuk K. Rajagobal menjalani latihan di sebuah stadium kecil yang dikenali Stadium Dhebhasadin, berhampiran di Stadium Supachalasai, di Thailand......Penganjur memberi alasan perubahan veneu latihan semalam disebabkan mahu menjaga kualiti padang Stadium Supachalasai sebelum pertembungan sebenar hari ini....nampaknye Malaysia malam ni kena berentap berhabis²an...
Siaran langsung perlawanan ini boleh anda saksikan menerusi rtm tv1 dan live streaming pulak korang boleh tonton di live streaming malaysia vs thailand dan keputusan penuh akan di 'update' dari semasa ke semasa.....go..malaysia..go!!! MALAYSIA BOLEH!!!!
Siaran langsung perlawanan ini boleh anda saksikan menerusi rtm tv1 dan live streaming pulak korang boleh tonton di live streaming malaysia vs thailand dan keputusan penuh akan di 'update' dari semasa ke semasa.....go..malaysia..go!!! MALAYSIA BOLEH!!!!
No comments:
Post a Comment
Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^