BEST FOLLOWERS

14 December 2012

PIALA AFF SUZUKI 2012 BERKUBUR... :(

Assalamualaikum...


Tengok tajuk entri aku je semua rakyat Malaysia rasa kecewa dan sedih kerana pasukan kita kalah dengan Thailand semalam...nampaknye pasukan kita tak layak ke final melawan Singapura...memang pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikatnye..... :(


Ini disebabkan pemain kita Fadhli Shas dibuang dari padang tanpa sebab...rata² semua orang marah dengan tindakan Lee Min Hu, reff dari Korea tu....ramai orang kata reff tu berat sebelah...tapi kalau korang tengok balik, memang betul pun....aku yang kureng pandai tentang bola sepak ni pun pandai menilai....nak marah pun dah tak guna, keputusan dah diadili...walaupun keputusan tu berat sebelah.....haishhhh.....gerammmm!!


Patutla petang semalam hati aku rasa tak sedap, rupanya Malaysia akan kalah...alahai, yang aku terkilan sebab Thailand seolah² macam sabotaj pasukan kita..padang latihan yang disediakan oleh pihak penganjur tidak ubah macam sawah padi....selain tu, permukaan padang berlopak di merata² tempat, rumput tak rata, tiang gol patah dan tiada bilik persalinan disediakan kepada para pemain selepas menjalani latihan....

Sepatutnya pihak AFF check keadaan padang kat sana dulu sebelum membenarkan pemain Malaysia buat latihan, tapi cakap pun tak gunakan??....nampak sangat nak sabotaj pemain Malaysia....semalam aku tengok Malaysia lawan aku dah dapat rasa dari awal Malaysia akan dikalahkan...apa taknye dengan reff yang macam haram tu...pemain kita bermain 10 orang je..macam gajah lawan semut tuu....plak tu banyak pemain kita yang injured, tak dapat beraksi...alahai...itulah dinamakan takde rezeki nak dapat piala kat atas tu kan...

Tapi walaubagaimanapun, sokongan aku terhadap team kita tak akan pernah pudar...aku tetap sokong Harimau Malaya & Harimau Muda....macam brader yang buat kain rentang masa kat stadium tu "Busuk² pun orang kita" cuma aku agak terkilan je kat reff & Thailand main kotor....keputusan semalam kita kalah dengan Thailand 2-0...agregat 3-1......sabarjela......

p/s : confirm lepas ni aku benci dengan k-pop... :(



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

4 comments:

  1. refree tak adil :'( takpe, selamanya Harimau Malaya :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. NAD.. JOM KITA TAKE OVER KEJE REFF TUH. KOMPEM KITA MENANGKAN RIMAU MALAYA

      Delete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO