BEST FOLLOWERS

07 January 2013

"TERUKIR DI BINTANG" JUARA AJL 27!!!

Salam..

wow..hingga ke hari ni aku sangat happy coz lagu penyanyi kesayangan aku, Yunalis Zarai menang semalam...walaupun dia tak perform semalam kerana sibuk dengan rakaman lagu di Amerika Syarikat, tapi terbukti lagu ciptaan Yuna tetap menambat hati juri2 AJL...yeahhh!!!!!!

not bad jugaklah Aizat nyanyikan lagu tu semalam...penuh bersahaja dan sungguh santai sekali...aku dah jangkakan lagu Yuna tu boleh jadi juara sebab lagu tu romantik dan unik sekali...kalau dari segi vokal, aku setuju kalau juri profesional memilih Hafiz sebagai pemenang...begitu jugak dengan juara bagi persembahan, lagu Malique "Teman Pengganti"..actually lagu tu sedap didengar, aku suka sangat...cuma takde luck....

Juara Lagu Ke 27
Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai

Naib Juara Lagu Ke 27
Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan

Tempat Ketiga Juara Lagu 27
Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai

Persembahan Terbaik
Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique

Vokal Terbaik
Ku Akui (Hafiz Suip)

Juara AJL 27 membawa pulang trofi serta wang tunai bernilai RM35,000, naib juara (trofi dan RM15,000), tempat ketiga (trofi dan RM12,000) manakala persembahan dan vokal terbaik masing-masing akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000....apa yang menarik, trofi persembahan terbaik terletak 100% ditangan peminat...tidak dinafikan ramai yang minat dengan lagu Teman Pengganti tu... :)

Apapun syabas untuk Yuna selaku pencipta lagu tersebut dan Aizat yang mendendangkan lagu Yuna!



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

No comments:

Post a Comment

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO