BEST FOLLOWERS

26 July 2012

PETUA & CARA ATASI MASALAH BERDENGKUR

Greeting Text

Hari ni aku nak bincangkan pasal orang tidur berdengkur...korang pernah dengar kan orang tidur berdengkur?ada yang bunyi macam motorboat, ada yang bunyi macam pelampung keluar angin..hehe...mesti korang rasa rimas & panas hati bila korang terdengar orang tidur berdengkur ni...tak tau la kalau korang sabar...relaks la..mungkin pasangan korang atau kawan2 korang tu tak sedar yang diaorang tidur berdengkur...


Mesti korang terfikir-fikir kenapa terjadinya orang tidur berdengkur?ada pendapat mengatakan punca berdengkur ni kerana terlampau penat...salah tu...sebenarnya punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan...wah...dah macam doktor pakar pulak aku ni....hehe

Okayla...aku nak share petua & tips kat korang ni..


Petua Menghilangkan Masalah Berdengkur :

Cara-caranya :

1. Sediakan 7 biji buah badam.
2. Tumbuh kesemua badam tu sampai lumat.
3. Kemudian, campurkannya dengan air susu suam dan kacau hingga sebati.
4. Kepada yang ada masalah berdengkur tu, bolehlah minum air tersebut.


Cara Atasi Masalah Berdengkur :
Ubah posisi tidur

Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur. Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

Turunkan berat badan

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.

Hidu wap air sebelum tidur

Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.

Habuk 

Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

Selamat mencuba ya??



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

2 comments:

  1. huhuhu tengs! nak kena bagitahu kat abah neh. hihi dia kalau berdengkut jiran sebelah jiran pun dengar hiihihi

    ReplyDelete
  2. most welcome!! :) insyaallah,kalau nak cuba tips akak ni boleh...hehe

    ReplyDelete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO