BEST FOLLOWERS

23 October 2012

BUGGATI VEYRON MILIK SULTAN JOHOR

gambar iklan google

Hari ni aku try search kat google teringin sangat nak tengok kereta mewah milik Sultan Johor...peh memang smart giler la...Harga asas kereta Bugatti Veyron ialah sebanyak RM5.2 juta (USD 1.7 Miliion) tak termasuk cukai. Kereta Bugatti Veyron yang didatangkan khas berwarna biru-putih ini dikatakan kereta paling laju berada di atas jalan raya...kalau dari Jb ke Kl rasanya 2 jam je kot?peh..

Harga sebenar kereta Sultan Ibrahim ni mencecah RM10 juta dan dikhabarkan kat Malaysia ni ada 3 buah je...10 keturunan aku pun belum tentu dapat pakai Buggati Veyron ni..hehe..Dato' Mokhzani Mahathir dan seorang wanita berasal dari Kelantan juga memiliki Buggati Veyron...

gambar iklan google

Fakta tentang Buggati Veyron :
  • Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
  • Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
  • Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
  • Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000.
  • Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
  • Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
  • Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
  • Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.
  • Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta.
  • Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
  • Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
  • Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
  • Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.
  • Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.
  • Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.
gambar iklan google

p/s : walauapapun, aku tetap bangga jadi rakyat Johor...Sultan mashyur, rakyat sejahtera.. :)



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

2 comments:

  1. kereta dah best dah.. tetibe minyak...? hummm... sangkak ujung bulan sebb nak byr duit myk jer...

    ReplyDelete
  2. hahahaha...tau takpe...ni yg gatal nak cari anak raja ni...haha

    ReplyDelete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO