BEST FOLLOWERS

16 October 2012

RAHSIA BENTUK ALIS WANITA


Greeting Text

Selamat malam uols! korang jangan tido dulu...aku nak kongsi satu artikel tentang rahsia bentuk alis mata a.k.a bulu mata..hehe....setiap manusia yang lahir didunia ni mempunyai bentuk alis yang berbeza-beza dan disebalik tu ada maksud2 yang tersirat....korang nak percaya atau tak terpulanglah ye...kalau ada rasa macam sama dengan karakter korang, diam2 je...manalah tau perangai buruk lebih banyak daripada baik...hehe....

Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang sederhana :
  • Menunjukkan dia seorang yang ideal untuk dijadikan teman hidup.
  • Dia seorang yang sederhana, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu hodoh.
  • Dia sentiasa ingin memberikan kebahagiaan dan membantu pasangannya.
  • Dia mempunyai tutur kata yang lembut.
  • Otaknya cerdas.
  • Bersifat agak kelakar.
  • Dia boleh menghiburkan dan menenangkan hati pasangannya.
Alis mata yang bersih, berwarna semula jadi dan mempunyai lengkungan yang tajam :
  • Dia seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam.
  • Dia seorang yang suka campur tangan urusan orang lain (busy body).
  • Ada ciri2 sombong dan berlagak.
  • Cepat rasa cemburu.
  • Dia seorang yang suka untuk memajukan diri menjadi lebih baik.
  • Mudah menyesuaikan diri.
  • Panjang akal serta pandai menyelesaikan masalah.
  • Mempunyai daya imiginasi yang hebat.
  • Dia suka melakukan perkara2 yang baru dan mnecabar.
Alis tebal :
  • Dia sentiasa berhati2 dalam perbicaraannya (hanya berkata yang perlu saja).
  • Dia seorang yang pendiam.
  • Dia seorang pendengar yang baik.
  • Sangat setia dan taat pada pasangannya.
  • Dia seorang yang sensitif dan mudah terluka.
  • Silap gaya dia boleh mengamuk kalau tahap kemarahannya melepasi batasan.
Alis nipis :
  • Dia seorang yang keras hati.
  • Dia seorang yang banyak cakap (mulut kepoh).
  • Dia suka bercakap apa saja walaupun perkara yang tidak penting.
  • Dia seorang yang banyak idea dan kreatif.
  • Dia seorang yang agak agresif semasa diranjang.
  • Dia seorang yang agak cerewet tapi bijak.
  • Dia seorang yang agak garang tapi berpatutan.
Alis yang jarang dan nipis :
  • Dia seorang yang sangat keras hati.
  • Dia seorang yang mempunyai ego yang tinggi.
  • Dia seorang yang perfectionist dan rasa dia seorang saja yang betul.
  • Dia susah dengar cakap orang.
  • Kalau jadi isteri, dia mungkin lebih cenderung untuk jadi queen control.
  • Dia mempunyai kemahuan yang tinggi dan sentiasa mahukan yang terbaik.
Alis yang panjang, bersambung dan berumbai-umbai :
  • Dia mempunyai nafsu dan keinginan yang kuat.
  • Dia seorang yang suka berdengki dan mudah iri hati.
  • Dia mempunyai perwatakan yang mempesona dan menarik perhatian.
  • Dia pandai bertutur kata dan agak peramah.
Alis yang naik melengkung ke atas :
  • Dia seorang yang sangat pandai menyembunyikan perasaannya.
  • Dia seorang yang pandai berpura-pura dan berlakon.
  • Dia seorang yang panjang akal dan pintar dalam memenuhi kemahuannya.
  • Dia pandai menjaga hati dan menyukakan hati pasangannya.
Alis mata yang ada tahi lalat :
  • Dia seorang yang baik hati dan taat kepada pasangannya.
  • Dia tidak suka menyusahkan orang lain.
  • Dia suka memberikan pertolongan kepada orang yang disayanginya.
  • Dia seorang yang sempoi dan bersahaja.
  • Dia juga pintar dan sentiasa mementingkan orang yang disayanginya.

p/s : jangan pakai bulu mata pulak ye kalau bulu mata korang nipis dan jarang..hehehe!!



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

1 comment:

  1. boleh caye ke nie..tpi sye perasan yang semua karekter tu ada pada diri saye.. :)

    ReplyDelete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO