BEST FOLLOWERS

06 October 2012

MAKAN MALAM DI RESTORAN HASLAM

Greeting Text
Minggu lepas aku ke K.L. jalan2 ke rumah auntie aku...kitaorang dah set program nak ke Uptown Danau Kota area Gombak...tapi sayangnye aku tak ambil gambar plak kat area uptown tu..yang aku sempat cuma snap pict waktu dinner je..lokasi restoran yang kitaorang pegi tu "Restoran Haslam" yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur...al-kisah, pemilik restoran ni orang terkenal beb kat Malaysia ni...siapa lagi kalau bukan Datuk Yusof Haslam....walaupun ala2 kedai mamak, tapi boleh tahan eksklusif jugak bila jejakkan kaki kat dalam restoran tu...makanan pun not bad...harga pun boleh la tahan....jom layan pict kat bawah ni...

Pemilik Restoran Haslam, Datuk Yusof Haslam

Jom tengok menu...

restoran ni wujud since 1984 lagi tau..time tu aku pun belum lahir lagi..

Bagi korang yang gemarkan makanan ala kampung boleh la datang ke sini...bukan tu je,
western food pun ada, lempeng pisang yang sodap & air asam boi yang terbaik!!
boleh jadi rambang mata woo bila tengok menu2 dia...cer korang tengok lauk2 kat bawah ni..

tiba2 terasa lapar plak...

lempeng pisang terbaik punye! menu ayah aku..
harga RM3.00

ni menu cousin aku, dia kata nasi goreng USA kat sini sedap giler..
harga RM6.00

ni menu my love..hehe *gediks
harga RM4.50

haaa..yang ni menu pilihan ramai..
pilihan aku, my lil bro, my parents, my aunt & her hubby..
harga RM12.00

cousin aku yang rawks...mulut kalah azwan ali tapi baik hati..hehe

my sweety aunt with her hubby..tq uncle coz belanja we all semua..

konon cute la adik aku buat muka cam tu..puik...hehe

cousin aku yang sorang ni memang daring sikit..kalah aku yang tersengih
macam kerang busuk ni..haha

posing bagai! ehehe...

masing2 muka kelaparan..

lepas selesai acara makan2, kitaorang duduk lepak n borak2 kat restoran tu...
katanya selebriti2/orang terkenal ramai makan kat sini...
tapi time tu takde pulak jumpa retis...teringin jugak nak tengok anak Datuk Yusof Haslam,
Syamsul Yusof...huhu...handsome boy!!



Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Baca Lagi

3 comments:

  1. Terima kasih atas review anda Miss Kinuko.. :)
    Nanti boleh promote Restoran Haslam pada kawan-kawan yang lain pula.
    Kami juga telah share review anda di facebook rasmi Restoran Haslam.
    Anda juga boleh like facebook kami untuk mengetahui segala berita mengenai Restoran Haslam.
    http://www.facebook.com/pages/Restoran-Haslam/218837073505
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. sama2...terima kasih kerana memberi servis yang terbaik kepada pelanggan2 yg datang terutamanya keluarga kami tempoh hari...makanan pun sedap2! thanks again.

    ReplyDelete
  3. Cousin u tu ala2 axwan ali ke

    ReplyDelete

Jangan segan2 nak komen tau? Terima kasih banyak2 la kepada yang sudi nak memberi komen & pandangan... ^__^

BLOG INI MILIK MISS KINUKO